0
Lagi beberapa hari nak raya...waaa!! pejam celik dah hampir sebulan puasa kan. Dkna masih cuti bersalin dan duk goyang kaki jer ngan Mikhail kat rumah tak terasa sangat bahang raya. Yealaaa... duk rumah layan tidur jer ngan Mikhail. Anak tidur, ibu confirm tidur gak...hehehee

Kalau nak dengar lagu raya pon susah sebab tak buka radio. Beza kalau kerja, kat opis tu mesti riuh rendah buka PC dengar lagu raya. Pastu sibuk hias opis dengan ketupat, kad raya dan macam-macam lagi la. Awal puasa pon dah ada yang duk dendang lagu perantau kan..heheheeee. Korang semua bila balik kampung? Atau mungkin ada yang dah sampai kampung, berbuka dan sahur dengan mak ayah.




Dkna? Ermmm.. tahun ni tak merasa kebas punggung balik Kelantan. Tahun ni seawal pagi syawal tak dapat sambut raya dengan mak, tak dapat ziarah kubur arwah abah. Tapi tahun ni dkna ada pengalaman baru. Balik raya rumah keluarga mertua. Tahun ni dapat salam raya dengan suami, dapat raya dengan Mikhail dan mertua.

InshaAllah, pagi esok kami sekeluarga bertolak ke Utara. Perancangan awal, raya ke-3 kami bertolak ke Kelantan lak. Tahun depan giliran raya kat Kelantan...hehehee. Macam ni la baru adil bila kahwin antara dua negeri.

Tiba-tiba sayu lak hati buat entry nie..huwaaaaaa.... nak nangis lak! Maaaaaaa.. nak balik klate..hukhukhuk.. *harap suami baca entry nie..ekekkeeeee...

Post a Comment

 
Top