0
Ni kisah kelakar atau memalukan atau kisah apa entah...hehehee.. Nak dijadikan citer domain dkna.my tamat tempoh 2 Ogos 2014. Kira-kira lagi 2 minggu la kan, waktu tu minggu sibuk buat lawatan dari rumah ke rumah untuk collect duit raya, so memang confirm dkna tak sempat nak uruskan blog.

Tak nak kerja camni terganggu, nak renew la awal-awal supaya nanti dkna.my tak diambil orang..hehehee.. ada ke nak ambik domain ni? Semalam dah buat panggilan untuk confirmkan jumlah bayaran kemudian dapat invoice. Ok, tak sempat nak bayar semalam bila Mikhail tak bagi kerjasama untuk ibunya layan laptop.

Tengah malam tadi dkna dapat satu lagi invoice yang jumlah berbeza. Dkna dah mula blur, nak buat payment untuk invoice yang mana? Ambil keputusan sendiri, gunapakai invoice yang latest. Malas nak call sebab Mikhail tengah tidur, takut tak sempat setel renew kang kena setel anak pulak. Ok! done buat payment.

Setengah jam kemudian, staff company tu call. huwaaaaaa... rupanya dkna terlebih bayar. So, dorang tarik tempoh untuk renew domain dkna sehingga 2 Ogos 2018. Ok...nampak tak kat situ. 4 tahun!! mungkin tahun 2018 tu Mikhail pon dah ada adik..hahaaaaaa..

Dalam tempoh 4 tahun nie, dkna tak payah nak fikir untuk renew domain. Harap dkna.my pon masih bertahan sehingga tahun 2018...heheheeee

Peringatan, kalau tak yakin buat sesuatu terutamanya yang melibatkan bayaran, lebih baik reconfirm dulu yea..heheee.. kan dah melayang pulus sebelum raya tapi masih ada kebaikan terlebih bayar. Ok....ini ayat penyedap hati.

Post a Comment

 
Top