0
Ada tak dikalangan korang yang minat berlakon atau teringin jadi pelakon atau nak cuba-cuba berlakon? Apa kata korang sertai uji bakat untuk pencarian pelakon dalam drama SELUDUP yang bakal ditayangkan hujung tahun ini.

Sedikit info mengenai drama SELUDUP yang merupakan drama aksi telah memulakan penggambaran pada pertengahan Julai berkisarkan isu perdagangan haram. Drama SELUDUP dibawah arahan pelakon Jehan Miskin dan merupakan Penerbit Eksekutif Mastermind Group Sdn. Bhd telah membawa pelakon Pekin Ibrahim dan Tiz Zaqyah sebagai pelakon utama.



Bagi yang berminat nak menang hadiah dan berlakon dalam drama SELUDUP ni, klik http://bit.ly/Seludup dan ikutilah EMPAT LANGKAH yang mudah untuk menyertai uji bakat. Seorang pemenang lelaki dan perempuan bakal membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM 6,000.00. Korang juga berpeluang menjadi pemenang-pemenang HADIAH LUMAYAN yang bernilai sebanyak RM15,000.



Uji bakat ini mudah jer, korang perlu 'Like' Facebook SELUDUP dan muat naik video terbaik dengan membaca skrip pendek yang telah disertakan di sana. Kemudian korang share video tersebut bersama-sama kawan-kawan untuk mendapatkan 'like' paling banyak untuk memenangi peluang berlakon bersama-sama Pekin Ibrahim dan Tiq Zaqyah dalam drama SELUDUP.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh terus ke link yang dkna sertakan dibawah :-

Uji Bakat -  Bit.ly/Seludup


Drama SELUDUP yang terdiri daripada 13 episod ini dijangkan akan ditayangkan menjelang hujung tahun ni di Astro Maya HD saluran 135. Cepat-cepat sertai uji bakat ni, mana tau rezeki dapat menang hadiah dan berlakon dalam drama SELUDUP. 

Post a Comment

 
Top