0
Selamat menyambut hari kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia. Dah 57 tahun negara merdeka yea, kalau usia mak dkna sekarang 63 tahun bermakna dia sempat sambut merdeka waktu kecik dulu.

Semalam sambutan merdeka. korang ke mana? 

Teringat waktu sebelum kahwin, malam merdeka semua ready nak tengok bunga api atau apa-apa event yang berkaitan kat Putrajaya. Bila dah ada anak nie, semua tu dah ditinggalkan tambahan pulak anak masih kecik, nak bawak jalan-jalan pun kena fikir banyak kali.



Dalam bulan kemerdekaan ni, semua kediaman kerajaan diwajibkan kibar jalur gemilang. Nampak meriah pulak setaip bangunan penuh dengan bendera. Semangat kemerekaan gitu. Dkna dan Mikhail duk layan siaraan sambutan kemerdekaan kat rumah sementara tunggu abi Mikhail balik dari bertugas. 

Seronok pulak Mikhail duk tengok tv dengan lagu allahyarham Sudirman, seperti dia pun faham erti merdeka. 

Post a Comment

 
Top