0
Seorang isteri yang bergelar ibu akan berdoa untuk anak-anaknya sehingga hujung nyawa mereka. Sedar tak sedar, sejak dalam kandungan lagi seorang ibu dah mula berdoa untuk anaknya, mendoakan segala kebaikan kepada anaknya. Kalau yang dah berkahwin sekalipun, doa ibu tetap mengiringi anak-anak. Kebahagiaan untuk anak, menantu dan cucu-cucunya.




Cepat sungguh masa berlalu, Mikhail pun dah nak cecah usia 3 bulan 2 minggu. Alhamdulilah, diberikan kesihatan yang baik untuknya. Doa ibu sentiasa bersama-sama anak ibu. Setiap kali tengok anak, terlintas difikiran seorang ibu 'mampukah aku menjaga amanah dari Allah ni'.

Andai kata ibu dijemput Ilahi dalam masa terdekat ini, ibu harap Mikhail dapat membesar dengan baik, jadi anak yang soleh di dunia dan akhirat. Setiap catatan di dalam blog ini untuk bacaan Mikhail suatu hari nanti. Bacalah untuk kenang-kenangan. 

Post a Comment

 
Top