0
Alhamdulilah.. hari kedua dkna mula kerja dan uruskan anak seawal pagi ke rumah pengasuh. Hari ni ibu terlajak tidur, sedar-sedar jam dah pukul 6 pagi. Memang macam lipas kudung la. Melompat dari katil terus ke bilik air, tengok Mikhail masih lena sebelah abi dia. 

Siap uruskan diri sendiri baru dkna kejut anak dan suami. Macam biasa, Mikhail celik mata sambil senyum-senyum. Kalau sembang dengan dia sambil buka baju, lagi buat dia hepi..sengih memanjang. Dah bagi Mikhail minum susu kenyang-kenyang, mandikan dia dan bedak-bedakan kasi wangi-wangi. Baru best hantar anak kat rumah pengasuh. Rasa segan nak hantar anak dengan taik mata bertempek, nak cium anak sebelum pergi keje pon tak best, bau bucuk!! hahahahhaaaa...

Kemudian pusing hantar Mikhail sebelum ke tempat kerja. Hari ini dia tak nak duduk dalam car seat, puas jugakla sembang dengan dia kasi dia sengih-sengih dulu. Nak biasakan dia duduk dalam car seat, senang nanti kalau nak kemana-mana tak perlu nak riba sambil drive.

Dkna pula tetap dengan waktu kerja masuk 7.30 pagi habis 4.30 petang, cuba sebaik mungkin nak kekal waktu kerja walaupun dah ada anak. Orang kata, disiplinkan diri..yea dak? Lama-lama nanti akan biasa dengan keadaan ni. InshaAllah.

Naluri ibu sekarang Mikhail tengah syok tidur rumah pengasuh, masa hantar tadi pon dah lali mata..maklumla perut dah kenyang pastu best pulak baru lepas mandi..hehee.. Ibu lak rasa nak tertidur kat opis...hehehee.. 

Kejap lagi ambik Mikhail bawak ke klinik, kene cucuk untuk 3 bulan usianya. Semoga Mikhail cepat membesar dengan sihat.

Post a Comment

 
Top