0
MY AIRASIA FREE SEAT!


Jika saya mempunyai 10 tempat duduk percuma Air Asia, saya akan ke Sabah dan saya akan bawa bersama 9 orang yang terdiri daripada suami, anak, ibu, ibu mertua, bapa mertua dan 4 orang adik-beradik untuk melancong ke destinasi pilihan saya.

Saya pilih negeri Sabah kerana saya yakin Malaysia punyai tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Disamping itu juga, saya berpeluang berbulan madu bersama suami dan bagi meraikan ulang tahun perkahwinan saya. Ini juga pengalaman pertama saya ke Sabah bersama-sama keluarga besar kami dan berpeluang untuk bawa anak pertama kami melawat tempat yang menarik di sana. 

Selain itu, kami dapat mengeratkan hubungan silatulrahim apabila dapat melancong bersama-sama. Pastinya destinasi ini dapat memberikan keseronokan kepada ibu yang makin meningkat usia, dapat mengurangkan tekanan kerja bagi keluarga mertua dan dapat menghabiskan masa bersama adik-beradik yang lain dalam satu percutian hebat!.

Terima Kasih Air Asia : airasia.com 

Post a Comment

 
Top