0
Sejak akhir-akhir ni atau lebih tepat sejak dkna masuk kerja minggu lepas, waktu bersama Mikhail rasa sangat-sangat singkat. Terlalu singkat untuk kami bersama-sama. 24 jam rasanya tak cukup untuk seorang ibu yang bekerja dapat bersama-sama dengan anak.

Seawal jam 7 pagi dkna dah hantar Mikhail ke rumah pengasuh dan ambil dia lebih kurang pukul 5 petang. Tempoh 10 jam Mikhail berada di rumah pengasuh. Apa yang dia buat? Bermain ke? Menangis ke? Rindu ibunya ke? 

Masih berbaki 12 jam untuk Mikhail berada dirumah bersama ibu dan abi.

Balik rumah, jalankan tanggujawab sebagai isteri. Masuk dapur dan siapkan apa yang patut untuk suami. Tinggalkan anak bermain sorang-sorang depan tv. Intai dari jauh tengok reaksi anak, buat apa, menangis ker atau tidur.

Sejak dkna antar Mikhail ke rumah pengasuh, kadang-kadang tak sempat sampai rumah dia dah lena dalam car seat. Penat agaknya bermain kat rumah pengasuh. Kadang-kadang lebih kurang pukul 6.30 petang dia pasti lena. Kalau tak dikejutkan waktu maghrib, pasti Mikhail akan terus lena sampai esok pagi. Bermakna dkna punyai masa lebih kurang 1 jam setengah jer untuk bersembang dengan dia. Selebihnya waktu tidur Mikhail. 

Orang tua-tua pesan, jangan bagi anak tidur waktu magrib..tak elok katanya. Jadi dkna tukar waktu tidurnya. Pukul 7 dkna kejut Mikhail...sembang dengan dia dan pastikan dia tidur sebelum pukul 9 malam. Kesempatan tu dkna tumpukan perhatian kat dia sepenuh hati. Rindunya ibu pada Mikhail. 

Waktu nak tidurkan dia, diangkat, di riba supaya Mikhail lena atas pangkuan ibu. Sebab terlalu rindu sangat untuk luangkan masa bersama dia. Rasa tenang bila tengok dia lena tidur setiap malam atas pangkuan ibu. 

Dan rutin harian bermula esok pagi, Mikhail akan terjaga sendiri jam 6 pagi. dkna ada masa 1 jam untuk sembang dengan dia sambil siap-siapkan Mikhail untuk dihantar ke rumah pengasuh. Terlalu singkat masa untuk ibu bersama Mikhail, tahniah buat housewife sebab korang dapat tengok anak membesar depan mata, dapat bersama-sama anak 24 jam. Korang memang bertuah.

Ini perasaan seorang ibu, macam mana pula perasaan seorang bapa? Rasa sayang pada anak adakah sama dengan rasa seorang ibu? Rasa tanggungjawab pada anak? 

Post a Comment

 
Top