0
Teringat zaman dkna kecik dulu, kalau gas habis kat rumah Ma tak boleh nak masak untuk anak-anak dia. Kena tunggu arwah Abah balik, kemudian bawak tong gas kosong atas motor..beli yang baru. Kalau tong kosong tu memang nampak ringan jer kan. Tapi bila bawak balik tong gas yang berisi, kesian tengok arwah Abah. Elok-elok sampai depan rumah, terus letak tong gas dengan hati-hati. Kalau tersalah langkah, mungkin akan jatuh.

Sekarang ni tak perlu risau, gas habis jer terus boleh hantar SMS kepada penjual gas terutamanya kat Putrajaya. Tapi kan semalam, sedang elok dkna masak nasi kat SINI, tiba-tiba api padam...ermm..sah! Gas dah habis.

Transfer nasi tu dalam periuk elektik, dan nasib baik tak mentah..elok jer masak. Dkna pun SMS kat penjual gas Putrajaya, selalunya dalam setengah jam dia akan hantar. Sambil tunggu gas sampai, dkna tidurkan Mikhail dan sedar-sedar dah pukul 11. Gas tak sampai!!

Oklaa..sambung tidur. Tengahari nanti SMS kat nombor lain pulak. Harapnya, adalah yang sudi hantar gas kat rumah nanti..hehehhee

Post a Comment

 
Top