0


Semalam dapat berita yang soalan Sains UPSR tahun ni bocor, sepatutnya budak-budak darjah 6 dah boleh merdeka hari ni. Ermmm.. kesian sebenarnya.. Kesian kat budak yang tak bersalah langsung dalam hal ni. Kemudian cikgu yang terlibat dengan exam ni pun terpaksalah berkorban masa dan tenaga sehingga selesai exam yang dijangka pada 30 September nanti. 

Tengah hari tadi, dapat berita yang soalan Bahasa Inggeris pulak bocor. Dkna tak pasti samada berita terbaru ni betul atau rekaan semata-mata. 

Anak saudara sulung dkna salah seorang pelajar yang ambil exam UPSR tahun nie. Ermm..tak boleh nak bayangkan keadaan dia macam mana kalau betul paper BI kena ambil lagi sekali. Kalau cakap pasal semangat, dah pasti budak-budak ni sikit sebanyak mesti 'down'. Mana tidaknya, tengah-tengah bersemangat nak jawab exam tiba-tiba kena tangguh paper sampai hujung bulan. 

Pihak sekolah pun dah rancang aktiviti untuk budak-budak UPSR sebaik saja dorang habis exam. Pergi lawatan la..pergi jalan-jalan la..aktiviti sukan la.. betul tak? Sebab kes macam ni, semua orang susah..Kesian sungguh kat budak-budak UPSR tahun nie.

Macam mana boleh bocor? Macam mana boleh tersebar? Haaa.. zaman dkna dulu teknologi tak canggih, telefon pun pakai yang public punya. Sekarang nie, bermacam-macam aplikasi ada. Dan yang paling cepat nak sebarkan sesuatu melalui WhatsApp. Senang dan cepat tersebar. Ermmm.. kita tunggu la depan TV malam ni, nak tau kesahihan untuk isu kertas soalan UPSR yang bocor. 

Post a Comment

 
Top