0
Dari hari Isnin sampai hari Jumaat, jaga anak tak berapa sihat. Sekarang Mikhail dah makin kuat, yea.. makin kuat.. kuat meniarap. Letak jer kat atsa tilam terus pusing-pusing badan. Dah nampak dia pandai pusing badan dalam keadaan tangan yang dah sedia, maksudnya tangan tak terkepit bawah perut sendiri.

Dari keadaan kepala pulak dah pandai angkat kepala, tegak elok-elok, pusing kiri kanan bila dipanggil nama. Sebelum nie Mikhail asyik terhantuk kepala kat tilam..hahahaaa.. habislah hidung anak ibu duk main tonyoh-tonyoh muka kat tilam. Pastu nangis sebab marah diri sendiri tak kuat nak angkat kepala.

Tengahari tadi, nampaknya Mikhail dah bersedia untuk ke fasa seterusnya. Mampu untuk bertahan lebih dari 10 minit dalam keadaan meniarap yang sempurna. Wah! bagus anak ibu, kuat semangat ok. Lagi 5 hari genap usia Mikhail 4 bulan. 

Cepat sungguh masa berlalu, makin membesar anak teruna ni bermakna ibu makin tua. Tak sabar pulak rasanya nak cari calon menantuk...#ehhh 


Post a Comment

 
Top