0
Korang pernah masak nasi atas dapur gas atau memang tak pandai nak masak nasi atas dapur gas? Haaaa... dah lama dkna tak masak nasi atas dapur gas. Sekarang ni dkna memang guna dapur gas untuk masak nasi. Punca-punca kembali guna dapur gas sebab nasi yang dkna masak guna periuk elektrik selalu basi...ermmm..

Bukan sekali atau dua kali basi, boleh dikatakan setiap kali masak mesti basi walaupun suis tak tutup. Orang kata sebab periuk kita basuh tak cuci, tapi bila pakai periuk lain pun sama jugak. Mungkin sebab beras? Ish! dkna makan beras siam..selalunya beras siam lambat basi.Basuh beras tak cuci? Dah basuh banyak kali berasnya, tapi masih basi.



Akhirnya, jalan terakhir dkna cuba masak nasi guna dapur gas dan hasilnya elok jer beras tu masak dan tak basi walaupun tak dipanaskan. Kalau masak petang nie, esok petang dkna nak makan nasi masih elok. Jadi panaskan macam biasa atas dapur gas guna api kecil supaya tak hangus. 

Tak sia-sia Ma ajar masak guna dapur gas satu ketika dulu. Haaa..sekarang kalau tak ada elektrik kat rumah pun tak risau, boleh masak atas dapur. Bagi anak-anak dara kat luar sana, belajarlah masak nasi atas dapur gas dengan mak korang yea. Bila dah kahwin lagi senang nak bagi suami makan, nasi pun cepat masak berbanding dengan periuk elektrik. 

Post a Comment

 
Top