0
Semalam berlangsung Majlis Perlancaran Steamboat @Cafe PICC, Putrajaya. Kali pertama bawak Mikhail pergi event makan-makan. Tak meragam, mengantuk pun dia tetap tahan mata nak tidur tapi mulut tetap meleleh tengok makanan..hahaha..kesian anak. 


Dkna sampai PICC dekat pukul 8, dah nampak kelibat rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari berkumpul kat Cafe PICC. Kemudian berlangsungnya Majlis Perlancaraan Steamboat Dinner oleh Ketua Chef Cafe PICC, Chef Anuar. Beliau menerangkan menu-menu yang disedikan di Cafe PICC.



Wah! memang meriah sungguh dengan perlbagai jenis juadah. Rambang mata nak makan, banyak sangat pilihan. Ni adalah menu yang jadi rebutan kami, Carbonara. Pergh!! Rasanya memang tip top. Sedap wey..rugi kalau korang tak makan Carbonara + Cheese. Mau meleleh air liur sampai balik rumah.


Cafe PICC ni memang amat selesa, jangan risau kalau korang bawak anak kecil atau family yang ramai sebab ruang makan dia luas. Apa yang dkna makan semalam, memang sedap dan berpuas hati dengan menu yang disediakan oleh pihak Cafe PICC.


Antara menu-menu lain yang disedikan kat sini seperti nasi goreng, mee goreng, ABC, bubur kacang dan lain-lain menu. Yang ni pulak, bahagian dessert. Macam-macam ada kat sini.




Buffet Steamboat kat Cafee PICC ni dah bermula dari 15 Ogos 2014 lagi dengan harga untuk seorang dewasa RM 35.00 dan kanak-kanak RM 18.00 tapi sekarang ni ada PROMOSI sebanyak 20% okeh. Lagi murah dan berbaloi dengan harganya.

PROMOSI bermula pada 25 September 2014 hingga 31 Disember 2014 dengan harga dewasa RM 28.00 dan kanak-kanak RM 14.00.

Untuk tempahan, boleh hubungi Kumari Nahu : 03-888 76000 (emel : kumari.nahu@picc.com.my)

Terima Kasih Team Kelab Blogger Ben Ashaari untuk jemputan kali ni. Lain masa, lain tempat kita kasi havoc lagi.


Post a Comment

 
Top