5

Tak sangka, bila tengok buku konvokesyen ni rupanya dah 7 tahun berlalu. Dulu dikenali dengan nama Politeknik Johor Bahru singkatan PJB bagi kami bekas pelajar jurusan reka bentuk grafik. Sekarang dah punyai nama baru, Politeknik Ibrahim Sultan.

Elok lagi buku ni dkna simpan, tiba-tiba rasa terharu, sedih, gembira dan macam-macam lagi.

Bila dikenang kembali zaman muda remaja, semuanya jadi kenangan dan pengalaman hidup. Andai dapat masa diputar semula, kembali ke zaman remaja, banyak perkara nak dilakukan dan banyak perkara yang nak dielakkan. Tapi...ermmm... hidup perlu pandang kedepan, yang lepas dijadikan pengajaran hidup.

Rindu zaman remaja...rindu rakan-rakan PJB terutamana rakan dalam jurusan rekabentuk grafik. Pengalaman...pengalaman..rindu pada 'stress'...rindu pada artwork...rindu nak gaduh-gaduh ngan rakan-rakan..huawawaa.

Bagi adik-adik yang masih lagi bergelar pelajar, hargailah saat bahagia korang ketika ni. Bila tiba masa nanti, semua ni akan jadi pengalaman jer. Korang pasti akan rindu...dan rindu itu hanya pada kenangan. 

Tiba-tiba rasa sedih pulak ! Haisss... jom breakfast ...

Post a Comment

Bahrain said... 16/10/14 9:05 AM

Lama tu 7 tahun. Mesti rindu nak konvo balik. heheh

suhailah hamid said... 16/10/14 11:19 AM

Rindu kan time belaja dulu...skrg msg2 sibuk dgn keje dan rumahtangga..

SalinaJohari said... 16/10/14 12:25 PM

samala Dkna....zaman study sangat best...tak fikir apapun melainkan study jerk....now...hurmm...

Maria Firdz said... 16/10/14 5:27 PM

Rindu juga sesekali terkenang...

junainah mohamed said... 20/10/14 12:33 PM

Kejap je masa berlalu..

 
Top