0

Bila tengok set Shaklee ni, ada yang cakap 'wah..banyaknya nak kena telan'..'pil shaklee nie besar, nak telan pun susah'..'kenapa tak makan suplement yang ada semua khasiat dalam 1 biji pil daripada ambik banyak macam ni'. Kalau dkna jawab, 'suka hati aku la nak makan yang mana'...hahahaa..kejam tak jawapan tu.

Kadang-kadang bila kita cakap kita amalkan suplement yang ni, orang akan compare dengan yang lain. Sama juga bila kita cakap kita pakai baju yang beli kat pasar malam, orang akan compare dengan baju yang beli kat mall...ermmm.. Kadang-kadang dkna terfikir gak orang yang selalu compare tu dia dah lalui dari pengalaman sendiri atau "dengar-dengar" orang cakap?

Shaklee ni dkna dah makan bertahun-tahun lamanya, dari zaman anak dara sampai dah jadi mak dara. Bezanya jenis vitamin yang dkna ambik. Waktu mengandung, 100% dkna ambik suplement dari Shaklee sebab dkna tau tahap kesihatan dkna dan cuba cari jalan untuk bagi anak dalam kandungan dapat nutrisi sebaiknya. Ubat dari Klinik Kesihatan, pernah makan tapi tak sesuai dengan antibodi dkna. Disiplin ambik suplement shaklee waktu mengandung memang tiptop, sebab fikirkan anak dalam kandungan.

Sekarang, masih teruskan dengan suplement ni. Kalau ada yang tanya, bagus sangat ke Shaklee ni...ermmm.. Cuba korang try dulu. Dkna bukan dealer untuk promote produk Shaklee tapi dkna pengamal produk ni. Alhamdulilah..dengan izin-Nya, kesihatan pun baik. Mudah-mudahan kita semua sentiasa sihat untuk meneruskan hari-hari mendatang. Aminnnn..

Post a Comment

 
Top