0
Terkejut..ermm.. memang terkejut. Kali pertama pengasuh Mikhail sms sejak hantar ke rumah dia lepas bersalin tempoh hari. Alhamdulilaha.. Mikhail dah tak demam, tapi sejak semalam dia cirit birit. Malam jer lebih 10 kali dia berak.. berak cair..haaa..

Pagi tadi..kul 4 pg berak lagi.. pastu kul 6 pagi berak pulak. Hantar kerumah pengasuh, maklum yang Mikhail cirit-birit. Tiba-tiba pukul 9.30 pagi, dapat sms pengasuh bagitau Mikhail berak banyak kali dan nangis.

Dkna kat pejabat dah mula gigil..tak tentu arah dah nie.. kali pertama jadi. Menggelabah kooo.. Pick up Mikhail kat rumah pengasuh terus ke klinik. Dr cakap, kemungkinan kuman-kuman dalam badan Mikhail keluar melalui najis. Ermmm.. ubat? Dr. bagi air garam jer la. 

Katanya lagi, tak perlu risau sebab Mikhail masih aktif, biarkan dia berak banyak kali supaya kuman dalam badan keluar. Ermmm..lega sikit rasa hati tapi masih lagi risau.. Risau sebab dia nak merap jer, sikit-sikit nangis. Harap cepat sembuh yea Mikhail. Nanti nak bawak jejalan pulak.  


Post a Comment

 
Top