0
Urutan dari tangan ibu akan mengeratkan kasih sayang dengan anak. Betul kan.. dan memang tak dinafikan, malah melalui pelukan antara ibu dan ayah juga mampu buat anak makin manja dengan kita. 

Masih ingat lagi tak kisah dkna bawak Mikhail ke Hipopo Baby Spa

Dkna sempat tengok beberapa langkah urutan dan belajar dari mereka cara urutan yang betul untuk bayi. Perkara pertama, pastikan anak berada dalam keadaan selesa seperti sudah menyusu atau kenyang dan bukan pada waktu dia nak tidur.

Langkah 1.

Pegang kepala anak dengan kedua-dua belah tangan dan buat urutan secara membulat ke kulit kepala dan elakan dari ubun-ubun. Urutan yang lembut supaya anak dalam keadaan selesa. 

Kemudian alihkan urutan tadi ke arah dahi, pelipis dan juga telinga.




Langkah 2.

Letakkan kedua-dua ibu jari diantara kening anak, dan urut lembut. Urutan ni berbentuk hati (love) dari kening ke bawah iaitu bahagian dagu. 



Langkah 3.

Urutan pada bahagian bahu, dada dan perut anak. Urut secara lembut pada bahagian lengan sehingga ke jari-jemari si kecil


Langkah 4.

Pusingkan anak dalam keadaan meniarap dan ulang langkah-langkah tadi dalam posisi meniarap.


Ok, selesai.. biasanya selepas urutan, anak akan tidur lebih lena. Urutan ini akan mengukuhkan lagi hubungan anak dengan ibu bapa. Selain urutan, cara berbual dan bertentangan mata dengan anak juga boleh mengeratkan hubungan. Cubalah untuk anak-anak korang, manjakan dengan sentuhan 

Post a Comment

 
Top