0
Nah ! Muka ceria jer Mikhail walaupun dah pukul 11 malam. Stress ibu ngan abi nak tidurkan dia. Haissh! Nampaknya dari hari ke hari makin banyak perubahan pada dia. Waktu tidur pun dah makin kurang sekarang ni, nak main jer...ermmm..

Nak dijadikan cerita, seperti biasa setiap petang Mikhail akan tidur dalam setengah jam atau sejam lepas dkna ambik dia kat rumah pengasuh. Petang kemarin...haaa.. dia dah mula tak nak duduk dengan abinya. Nak jugak ibunya..akhirnya kami dua beranak duduk dapur masak sama-sama..lenguh tangan wooo dukung dia. 

Bila abi datang amek, dia ok jer..sebab nampak lagi dkna ulang alik kat dapur. Tak sampai 5 minit dah mula nangis, mencari ibu! Oh anak..kalau macam ni hari-hari memang ibu tak masak la untuk abi haaaa.. Last, dkna kasi tidurkan dia dekat pukul 7. Eermmm..tenang..boleh sambung masak. Elok azan Maghrib, dia bangun.

Nampak dia masih mengantuk...bawak masuk dalam bilik, tidurlah anak ni sampai pukul 9 malam. Sempatlah kami makan nasi dan kemas rumah kejap. 

Nah ! penangangan bangun tidur pukul 9, sampai pukul 11 dia tak nak tidur...huwawaaaa..ibu dan abi dah ngantuk sayang oiiitt!


Mikhail boleh gela-gelak, senyum-senyum..hamboooiii.. seronok yea anak ku ! Dalam samar-samar cahaya lampu dari dapur, dia duk main intai-intai pulak tengok abinya. Akhirnya abi duk menyorok belakang bantal besar supaya dia tak main intai-intai. 

Masih jugak tak tidur.. makin kuat dia duk test vokal Anuar Zain ! Bukan nangis, saja jer nak kasi gegendang suara pecah kot..hahahah.

Keputusan terakhir, dkna tutup lampu semua lampu. Ok! kita dalam gelap. hihiiii.. nampak mata putih Mikhail melilau mencari. Tapi...tapi... dalam gelap pun dia boleh gelak ! Agak-agak korang makin stress atau korang tergelak jugak dengan anak...hahahhahaa. 

Cara terakhir, angkat dia..dukung..tepuk-tepuk botot kuat-kuat sambil lawan menjerit dengan dia. Ok! misi berjaya tidurkan Mikhail.


Dan inilah wajah Mikhail seawal pagi sebab terpaksa bangun tidur. Ibu kejut..ibu kacau..ibu mandikan Mikhail kemudian ibu paksa pulak selfie pepagi hari...hahahaaaa... Berkerut-kerut dahi tu. 

Post a Comment

 
Top