0

Nampak tak kesan luka panjang kat kepala Mikhail. Eh ! Baru dkna perasan, rambut mikhail dah lebat..hahahaa.. dah tak botak anak ibu ni. Ok.. sebenarnya macam ni cerita disebalik kesan luka kat kepala Mikhail. Kejadian ni berlaku beberapa hari lepas.

Balik kerja, terus ke rumah pengasuh nak ambil Mikhail. Elok dkna sampai depan rumah terdengar suara Mikhail menangis. Sah ! Mikhail ni. Bila pintu rumah buka, mata dia merah. Dkna tanya Mikhail 'kenapa nangis' depan pengasuhnya dengan harapan dapat jawapan dari pengasuh. Hampa !

Balik rumah, rutin harian Mikhail tidur. Tidur pun dalam sedu sedan. Sedih budak kecik ni. Nie mesti kes nangis tadi. Relax jer la dkna.

Mikhail bangun, dkna siapkan Mikhail. Waktu nak sapu bedak belakang Mikhail, dkna terperasan ada kesan calar. Merah ! Macam kena cakar jer. Ok la..kuku dia sendiri kot. 

Pastu nampak kesan calar lagi kat bahagian belakang betis. Merah ! Ermm.. kuku dia ker? Tak logik lak. Masih lagi relax. Pastu dkna nak sapu minyak zaiton kat rambut Mikhail, nampak calar kat kepala. Merah ! *tunggu entry akan datang kisah disebalik minyak zaiton.

Hati terus berdebar-debar. 

Dipendekkan cerita atas nasihat kakak-kakak, dkna whatsApp tanya pengasuh kesan calar tu. Manalah tau, Mikhail jatuh ker tanpa dia sedar kan. 

Dkna baca reply dari pengasuh pagi keesokan. Pengasuh mintak maaf sebab dia tak perasan kesan calar tu, katanya mungkin calar nie berpunca dari bantal yang ada zip. Mikhail dah boleh meniarap, kemungkinan waktu Mikhail meniarap petang tadi (merujuk waktu dia nangis) tu terkena zip bantal. Logik ! 

Fuh ! lega rasa hati ni. Pengajaran jugak untuk dkna, kalau ambil anak kena tengok keadaan fizikal dia secepat mungkin. Kadang-kadang pengasuh tak perasan dan dkna tak salahkan pengasuh sebab dkna tau Mikhail ni sangat aktif kalau dia meniarap. Cuma, ibu bapa kena lebih peka dengan anak kecil. Peringatan untuk diri sendiri dan orang lain juga. 

Post a Comment

 
Top