0

Akhirnya !! Tercapai jugak hayat yang tertunda sekian lama nak makan mee udang D'Laila Suppower. Dah ramai rakan blogger ke sana dan rata-rata cakap mee udang kat sini memang sedap. Tengok susunan udang dalam mangkuk, dah mampu buat air liur meleleh.


Senarai harga dan menu yang di sedikan di D'Laila macam gambar kat atas. Ok, semalam dkna makan Mee Udang L RM 12.00, ada 10 ekor udang yang tersusun rapi. Gigih tau kira berapa ekor udang dalam tu..hahhaa


Sebelum makan dah ada tanda 'terbaik'. Haaa..bila makan, memang tak cukup 1 mangkuk mee udang ni. Sedap dan memang sesuai dengan tekak dkna.

Rasa kuahnya...ermmm..yang pekat..ermmm..yang pedas-pedas...errmm.. kemudian udangnya yang segar.. Fuh !! tertelan air liur kooooo...Puas hati dengan hidangan mee udang ni, untuk next time boleh cuba mee ketam pulak.


Kali pertama dkna ke MMA Santai Corner, Bandar Baru Nilai. Betul-betul dengan roundbord dah nampak terang-terang food court ni. Orang kat kawasan nie panggil tempat ni 'kerete gantung' sebab belakang signbord tu ada kereta honda warna oren tergantung elok jer kat atas tu.



Kalau korang nak ke sini, on jer waze dan search 'MMA Santai Corner'. Korang masuk jer kat sana, kemudian toleh kanan..gerai D'Lalila Suppower tu belah kanan yea. Berbaloi makan mee udang semalam...nyummm...nyumm..

Post a Comment

 
Top