0
Mikhail demam lagi..ermm..kesian kat dia. Tempoh hari dah demam, ni demam lagi. Secara tiba-tiba pulak tu. Pada mulanya dkna check suhu dia..37' celcius. Hati dah mula risau, nampak bibir dia dah merah gitu.

Tengah bersiap-siap nak ke Klinik Maria, dkna check lagi sekali suhu dia. Haaa.. meningkat ke 39' celcius. Hati terus berdebar-debar..dah rasa macam tak tentu arah ni.


Sampai jer kat Klinik Maria, Alamanda..tak ramai orang, register kemudian terus masuk bilik doktor.. elok pulak anak teruna ni siap gelak-gelak dengan doktor. Menyembang..hamboiii..ramah pulak anak ibu. Bodek doktor agaknya..hahaha

Dkna pantau dari rumah jer.. malam tu..ermm.. Dkna tengok kat lengan kiri kanan ada merah-merah. Sah ! Campak nie.. buka baju dia, tengok belakang badan..merah-merah..ermmm..

Suhu dia pulak turun naik turun naik, tak nak kasi ubat demam? Risau wooo..anak demam panas, macam-macam boleh jadi. Cukup 4 jam, kasi ubat..hari ni Mikhail nampak sihat sikit. Harap bertambah sihat anak ibu. Risau tau anak demam ni..tak nak menyusu..ermmm..perut pun nampak dah kempis. Tambah lagi semalam lebih 10 kali dia berak. Panas dalam badan... ermmm..

Post a Comment

 
Top