0

Semalam bawak Mikhail ke Hipopo Baby Spa, Setia Walk Puchong setelah lebih seminggu dkna buat temu janji untuk massage dan swimming. Masih ingat lagi tak, PROMOSI tu? Haaa... baca kalau nak tau detailnya yea. Kisahnya, temu janji jam 2.30 petang bersama-sama dengan ibu-ibu gojes Farah, Azira dan Ayong

Kali pertama bawak anak ke sini, memang seronok tau lagi-lagi bila kita dilayan dengan baik. Staff di Hipopo Baby Spa nie memang cukup ramah terutamanya dengan baby. Kebetulan masa dkna sampai sana, Mikhail baru bangun dari tidur, orang tengah mamai lagi. Nak senyum tak nak senyum jer dia, tapi sekejap jer mamainya...tengoklah gambar ni..


Hamboiii.. dah lupa ibu yea Mikhail. Tak nangis pun bila staff Hipopo Baby Spa ni dukung, lagi dia suka..gelak-gelak. Ok, sebelum baby berenang dan urut, ibu bapa akan diberikan penerangan tentang kebersihan, keselamatan, kegunaan jakuzi, tahap umur, suhu jakuzi dan lain-lain info. Jadi, ibu bapa yang kurang faham boleh tanya terus dengan mereke.

Tapi kan..tapi kan.. Kesian kat Mikhail semalam sebab tak dapat berenang dengan kawan-kawan Ash, Aisy dan Medina. Sebabnya...ermmm...sebab Mikhail batuk !! Haa..semalam dah sampai kat sana, badan dia mula terasa 'dedar' tapi mereka sarankan supaya Mikhail datang untuk berenang pada hari lain memandangkan keadaan baby dalam persekitaran sejuk (aircond) dan dibiarkan dalam air selama 30 minit, mungkin akan bagi kesan buruk kat Mikhail. 



Jadi, anak ibu boleh massage jer semalam, untuk swimming kena datang next time bila Mikhail dah baik dari batuk. Langkah pertama, kita bogelkan dia..hehehe.. Nampak sopan santun jer Mikhail ni. 


Ibu bapa kan diberikan penerangan tentang produk yang dorang guna untuk badan baby sebelum proses urutan diteruskan. Mikhail masih relax lagi, tengok orang sembang dalam keadaan bogel pakai pampes.


5 minit pertama berlalu...ermmm.. mulut dah mula menyembur-nyembur air liur dah tu, dah mula nak bersembang bahasa Portugal !


Kemudian mula nak pusing badan..dah bosan agaknya duk baring jer. Pastu diusik-usik (urut) perut, dada, tangan...ermm.. Mikhail geli la auntie !! geli tau !! hahahahaaa. Tergelak dkna tengok muka Mikhail senyum sambil tahan geli..hehehe


Haa.. lama sangat nak urut nie... 30 minit kooooo !! Dah mula la nak tunjukan aksi dia. Akhirnya....ermmm...



"ibu...kenapa auntie nie..ermmm" 

Haaa.. dah siap 30 minit selepas dibogelkan 100%. Oppss !! gambar bogel tak boleh masukan, nanti Mikhail malu..hehehe. Tengok Mikhail diurut, rasa macam dkna nak jer diurut..hehehe.. Keseluruhan badan diurut dengan lembut gitu, bahagian muka...pipi..haaa.. yang ni buat Mikhail suka, dia ingat orang acah-acah dia kat pipi. 

Selesai sesi massage untuk Mikhail, masuk jer dalam kereta dia terus lena..nyenyak pulak dia tidur. Ok, next review untuk swimming pulak. Harapnya Mikhail cepat-cepat hilang batuk nanti ibu dan abi nak boking tarikh untuk swimming !

Post a Comment

 
Top