0
Seperti biasa, Mikhail kalau ada orang ramai memang dia tahan mata dari tidur. Ngantuk pun dia tetap tahan mata dia sebab nak main. Lepas raya bersama dengan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari semalam, kami terus ke rumah kakak. Raya bersama-sama dengan keluarga yang tak balik kampung. Nasib baik la ada kakak yang tinggal tak jauh, bolehla jadi pengubat kesunyian gitu...hehehee


Petang baru kami balik ke Putrajaya..ermmm.. Mikhail dah lena dekat rumah mak saudara dia waktu kami gerak balik. Kemudian dia sambung tidur dalam kereta lebih kurang pukul 6.00 petang. Ermmm...sampai jer kat rumah, masih lagi lena.

Tidurlah Mikhail tanpa gangguan.. Waktu magrib biasanya Mikhail akan bangun, tapi hari ni dia best jer tidur macam penat sangat. Tunggu punya tunggu sampai pukul 10.30 malam, dia masih lagi lena. Nangis kejap jer sebab mintak susu.

Pecah rekod Mikhail tidur paling lama, sampai ke pagi dia tidur. Fuh!! lebih kurang 12 jam Mikhail tidur. Penat raya agaknya...hahahaa.. Macam best pulak tengok dia tidur, bunyi suara jer sumbat susu pastu sambung tidur..haissshh! Kalau macam ni hari-hari senang kerja ibu tapi tak best jugak sebab tak sempat nak main dengan dia kalau syik tidur memanjang. 

Post a Comment

 
Top