0

Sebenarnya dah lama dkna usha spa untuk baby ni, teringin sangat nak bawak Mikhail ke spa. Bila tengok beberapa orang rakan blogger pernah bawak anak dorang ke spa, nampak sweet sangat baby kat spa. Sedia maklum, Hipopo Baby Spa & Wellness merupakan spa bayi pertama di Malaysia.


Tengok gambar spa nie memang sangat-sangat menguji keimanan ibu...hahahaaa. Terlebih teruja pulak dkna nak bawak Mikhail ke sini. Waktu dulu, mana ada spa bagai kan, nak bagi anak berenang pun tadah air dalam besen besar jer kat rumah. Sekarang, nah tengok..comel kan spa baby ni? Ermm.. antara perkhidmatan yang disediakan di Hipopo Baby Spa ialah urutan dan berenang.


  • Urutan -  urutan ini sesuai untuk bayi yang berusia 0 - 36 bulan untuk merangsang pertumbuhan bayi. Hipopo Baby Spa menggunakan minyak organik untuk melakukan urutan yang lembut pada keseluruhan badan bayi. Antara bahagian-bahagian yang menjadi tumpuan urutan ini ialah pada perut, dada, kepala, belakang, tangan dan juga kaki.
  • Proses urutan selama 30 minit



  • Berenang - berenang juga sesuai untuk bayi berusia 0 - 36 bulan. Berenang dalam tab mandi yang disediakan boleh menggalakkan bayi bebas bergerak dalam air panas (suam). Bayi akan dipakaikan dengan pelampung leher untuk keselamatan, ahli terapi terlatih akan pantau bayi anda. 
  • Berenang selama 30 minit.


Kesan kepada Baby [Info Hipopo Baby Spa]
  1. Mengalakan perkembangan otak bayi melalui deria rangsangan bayi.
  2. Meningkatkan keyakinan dan keselamatan bayi melalui bantuan seseorang. Bayi akan rasa lebih selamat.
  3. Meningkatkan kestabilan emosi bayi dengan mengurangkan bayi menangis dan tekanan emosi.
  4. Mengukuhkan hubungan antara bayi dengan ibu bapa.
  5. Memberikan keselesaan kepada bayi daripada angin, sembelit, kembung perut dan rasa tidak selesa bagi pertumbuhan gigi.
  6. Memberikan ketenangan pada bayi dengan mendapatkan waktu tidur yang cukup dan lebih panjang.
Kesan kepada Ibu Bapa [Info Hipopo Baby Spa]
  1. Memberikan rasa tenang.
  2. Dapat belajar kemahiran ibu bapa.
  3. Belajar memahami gerak badan bayi, kelakuan dan tangisan bayi. 
  4. Lebih rapat dengan bayi.
  5. Berpeluang berseronok bersama-sama dengan bayi.
  6. Meningkatkan keupayaan menjaga bayi.

PROMOSI ! PROMOSI ! PROMOSI !

Semperna ulang tahun pembukaan Hipopo Baby Spa, promosi bagi pakej Baby Swim & Baby Massage hanya pada harga RM 87 untuk 2 orang bayi. Promosi ini tamat pada 8 November 2014 di semua cawangan Hipopo Baby Spa. 


Website [www.hipopo.my]
Facebook [HipopoBabySpa]
Instagram [@HipopoBabySpa]
Pakej [Baby Spa Package

Untuk tempahan, boleh rujuk Senarai Cawangan Hipopo Baby Spa :-
  
Centrepoint Bandar Utama,
3 Lebuh Bandar Utama, 
47800 Petaling Jaya, 
Selangor Darul Ehsan,
F30 1st Floor,
Tel: 03-7728 1889

Setia Walk Mall, Puchong
Ground Floor, Block K
Setia Walk Mall
Persiaran Wawasan
Pusat Bandar Puchong
47160 Puchong, Selangor, 
Unit No 6 & 7,
Tel: 03-5891 6684

Great Eastern Mall, KL
Great Eastern Mall
303 Jalan Ampang,
55000 Kuala Lumpur
4.09A | Fourth Floor, 
Tel: 03-4256 7889

Queensbay Mall, Penang
30-33, 1st Floor,
Queensbay Mall
100 Persiaran Bayan Indah,
Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tel: 04-6447272

Post a Comment

 
Top