0

Petang semalam dkna singgah makan kat Restoran Choleq, Jalan Reko Kajang yang terletak berhampiran dengan Econsave. Lebih kurang pukul 6.30 petang dkna sampai sana dan bila tengok menu 'choleq' bagi orang Kelantan hanyalah makanan ringan jer la. Perut dkna memang lapar sangat.

Masuk jer dalam kedai tu, dkna tengok wallpaper dia cantik! Kemudian dkna tengok menunya.


Jeng..jeng..jeng.. Menunya memang meletop ! Macam-macam jenis nama choleq. Dkna tercari-cari mana menu pilihan nasi? 

'akak..nasi ada tak?' ...'ada.. nasi lemak jer'.. jawapa ringkas dan padat. 


Nasi lemak yang dah siap bungkus. Tak ada pilihan lain, perut pun dah berbunyi, dkna makan jugak nasi lemak ni. Sedap ! Nak makan lagi satu bungkus, tapi malu...hahaha..

Dkna tambah menu lain, nak cuba Choleq Ikan Seberang Tahir nama diberi.


Dah sampai ! tapi...ermmm.. agak kecewa sebab ikan ni dah digoreng sebelum dkna order.. dah sejuk bila sampai atas meja dkna. Kalau choleq ikan ni masih panas memang meletup ! Rasa sosnya memang dah sedap dan ngam dengan selera dkna, rasa sedikit pedas dan manis masam gitu. 


Next time datang lagi dan cuba lain-lain menu pulak. Teringin nak minum air buah dalam jus bola macam gambar kat atas. Kalau datang ramai, mesti seronok ni. Nak cuba nasi Kak Wok, tapi menu ni hanya ada waktu pagi jer. 

Korang boleh Like Page Choleq : https://www.facebook.com/CholeqDelights
Follow Instagram Choleq : http://instagram.com/choleqdelights

Post a Comment

 
Top