0
Rata-rata kawan-kawan bercerita, tunggu anak besar sikit jer lagi baru kita rasa macam mana nak jaga anak. Haaa.. lagi-lagi kalau anak lelaki, aktif dia memang boleh menguji kesabaran ibu bapa. Dan sekarang dkna dah mula nampak sikit demi sikit ke'aktif'an Mikhail.

Salah satunya seperti gambar kat bawah ni. Fuh ! tengok sarung kaki dia, tinggal sebelah jer. Mula-mula dkna fikir sarung kaki ni longgar, tu yang boleh tercabut. Ermmm.. tapi bila pakai sarung kaki yang lain pun tetap sama. 


Aktif sungguh Mikhail ni terutama waktu tidur, kalau bab tendang tu memang dia dah juara. Mangsanya, dkna la...hahaa.. Sakit tau kene tendang dengan Mikhail ni, kaki dia kuat !

Nampak gayanya, dah boleh biasanya Mikhail dengan tak pakai sarung kaki. Kalau pakaikan, esok pagi bangun tengok dua-dua belah kaki tak ada sarung kaki gak...hahahaa.. 

Anak korang, umur berapa dah ajar buka sarung kaki? 

Post a Comment

 
Top