2

Kisah disebalik penginapan dkna waktu konvo tempoh hari...ermm.. Lebih kurang sebulan sebelum konvo, UUM dah keluarkan tarikh untuk sesi konvokesyan masing-masing. so, kami student part time kebanyakan dari Kuala Lumpur memang memerlukan homestay. Musim konvo, memang susah nak dapatkan homestay yang berhampiran dengan UUM. Dkna...ermmm.. walaupun rumah mertua kat Kedah jugak, rasanya lebih selesa kami cari homestay memandangkan family dkna pun nak join sama. Hotel? Tak berbaloi untuk dkna sekeluarga tinggal kat hotel..yea la.. 3 family yang ada anak-anak ramai, lebih kepada pembaziran jer kalau tinggal kat hotel. Tempat yang sesuai untuk kami, keluarga besar menumpang sementara ialah homestay.

Penginapan di UUM pun sama, penuh katanya walaupun konvokesyan tu lambat lagi. Ada juga homestay yang kenakan kadar sewaan berbeza bagi mereka yang menginap untuk hari konvokesyen. Jadi, untuk korang yang bakal konvo di UUM akan datang lebih berhati-hati memilih homestay. 

Dkna pulak, rezeki dapat Mentari Nine Homestay yang terletak kat Jitra. Jarak antara homestay ni ke UUM lebih kurang 30 minit guna Waze. Tak jauh sangat kan.


Dkna cadangkan homestay ni untuk pelajar UUM konvo untuk tahun akan datang. Puas hati dengan apa yang tersedia dalam rumah ni. Antara yang tersedia di Mentari Nine Homestay ialah penghawa dingin untuk 3 bilik tidur yang luas dan selesa.

Kelengkapan rumah seperti mesin basuh, dapur, peti ais, TV, seterika tersedia. Haaa.. yang paling best, tuan rumah ni sediakan beras dan gula. Haaa.. nak masak pon memang boleh sangat la kan. Dkna pulak sempat basuh baju family, ampaian tersedia. Dah macam rumah sendiri. Amat selesa untuk kunjungan keluarga besar.

Harganya pun berpatutan dengan caj RM 180.00 / malam. Ruang parking kereta muat untuk 3 buah kereta sebab rumah ni corner lot, memang selesa dan luas. Kalau korang nak tengok gambar-gambar keadaan rumah, boleh ke Facebook : Mentari Nine Homestay.

Atau hubungi En Mufaz : 019-454 5866 / 012-534 8469

Lokasi Mentari Nine Homestay ni berhampiran dengan Bustani Hotel, salah satu hotel yang dicadangkan oleh pihak UUM kepada dkna tempoh hari. Nak ke sana pun mudah je, on Waze dan search 'Mentari Nine Homestay' pasti jumpa.



Post a Comment

Farah Waheda Wahid said... 24/11/14 5:19 PM

menarik ni dkna, thanks for sharing...eh eh eh...baju baru kita sukalah...

 
Top