4


Alhamdulilah.. akhirnya boleh jugak sarung jubah dan pakai topi atas kepala sambil pegang bunga dari suami..hehehee.. Seronok.. kali pertama suami bagi bunga tau !! Wah..tiba-tiba suamiku romantik...heheheee

Selepas seminggu Majlis Konvokesyan Universiti Utara Malaysia Ke 27, pejam celik..ermm..cepatnya masa berlalu. Dulu sorang, sekarang bertiga. Dulu hanya bercita-cita nak pakai jubah dan topi sambil jalan atas pentas, sekarang dah jadi realiti. Penat belajar, penat buat tugasan, penat jawab exam, penat ulang alik ke kelas, penat melabur duit...dan..akhirnya...ermm..Syukur alhamdulilah, ini rezeki dari Allah.

Dkna tersenarai dalam sesi terakhir untuk majlis konvo UUM. Sesi kali khas untuk pelajar part time saja, sesi pagi tau. Pukul 7 pagi dah terpacak dalam Dewan TSO untuk dengar taklimat bagi graduan-graduan. Suami dan Ma pulak, dah tunggu dalam Dewan MAS.

Mikhail? Haaa..dkna tinggalkan dia kat homestay dekat Jitra dengan mak saudara dia. Kesian anak, nak usung awal pagi. Waktu dkna tinggalkan Mikhail, dia masih lena. Ermmm.. dkna bergegas ke UUM, lupa nak bisik kat telinga dia pagi tu.


Waktu ni, Mikhail baru lepas nangis..hehehe..Dia nampak dkna, terus muka sebek..teriak. Mungkin sedih kot, bangun pagi tengok ibu dan abi tak ada..huhuuu.. Lepas pujuk-pujuk sikit, baru dia diam.. Boleh tahan jugak merajuknya, dengan abi pon dia tak nak dukung.


Haa.. yang ni pulak versi gambar curi-curi keluar dewan jumpa suami..heheheh.. Pastu cari anak kat luar dewan, dah macam chipsmore.. nampak Mikhail, pastu hilang..hahaa.. Pastu mintak suami pergi tengok anak, tak jumpa..pastu jumpa anak..dkna pulak dah masuk dewan..ish ish ish..


Akhirnya... berjaya jugak Mikhail pakai topi ibu. Gambar terakhir sebelum pulangkan jubah dan topi. Penat? Fuh .. memang penat..terkejar-kejar dengan masa..ermm.. dan sekarang, semuanya hanya tinggal kenangan. Kenangan untuk kami sekeluarga dicoretkan dalam blog. Nanti besar, Mikhail baca blog ibu tau. Semangat untuk anak ibu terus berjaya !!

Post a Comment

cik mah said... 21/11/14 3:02 PM

Tahniah dkna...cewahh..si kecil tu pun nk juga ek..

Kak Mahh said... 21/11/14 6:35 PM

Mikhail mesti kata comelnya dia.

Maria Firdz said... 24/11/14 5:47 PM

Tahniah dkna...

fyna said... 25/11/14 11:28 AM

congrats dkna ^_^

 
Top