0
Esok Mikhail akan jejak kaki kali pertama ke Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah. Wah ! bertuah lah anak zaman sekarang...kecil-kecil dah masuk universiti gitu..hahahahaa..

Sebenarnya, esok adalah Majlis Konvokesyen Ke-27, UUM kat Sintok dan dkna merupakan bekas pelajar UUM..hahaa.. Bekas pelajar koooooo.. Rasa macam dah lama habis belajar, baru sekarang nak konvo. 



Akhirnya, tercapai jugak cita-cita nak dapat segulung ijazah..ermm.. lama belajar tau, bertahun-tahun jadi pelajar separuh masa, dari zaman anak dara kemudian jadi tunang orang dan last semester dkna mengandungkan Mikhail. 

Perancangan Allah adalah yang terbaik untuk dkna, alhamdulilah.. konvo bertiga kami sekeluarga. Tapi kan...tapikan...ermmm.. terselit rasa sedih sebab arwah abah tak sempat nak tengok dkna konvo...ermmm..sat ! lap air mata..sob..sob..sob..

Masih teringat-ingat lagi waktu dkna kecik-kecik, selalu arwah abah cakap nak tengok dkna masuk universiti, dapat ijazah. Rezekinya, sekarang baru berkesempatan habiskan pengajian. 

Dulu...cakap kat abah 'dkna konvo nanti bertiga'...abah gelak..'kenapa bertiga'..dkna jawab 'sebab waktu konvo nanti dkna pregnant'.. haaa..gigih jawapan dkna kan..gatal sungguh anak dia ni..hahahaha. Dan memang apa yang dkna cakap tu terjadi hari ni, konvo bertiga pada usia Mikhail 6 bulan. Allahuakbar...hanya Tuhan jer tau perasaan sekarang nie.

Esok? ermmm..entahlah apa akan jadi..kalau bab nangis tu, sahih la dkna nangis.. Mau tak nangis kooooo...haaa..anak manja okeh ! ekekeeee.. 

Doakan kami seluarga berjaya dunia akhirat..moga ijazah dkna ini akan buat Mikhail bersemangat untuk terus belajar di masa hadapan.. InshaAllah. 

Post a Comment

 
Top