8
Tak sanggup nak download gambar banjir di Kelantan yang di share kat whatsapp. Tak sanggup nak tengok gambar dalam lokasi banjir dalam facebook. 

Sedihnya... ermmm.. keluarga di kampung dalam keadaan berjaga-jaga sebab kampung sebelah dah mula naik air. Hujan berhenti, air naik mendadak, tak di duga seperti yang berlaku di Wakaf Che Yeh siang tadi. Sekelip mata air mula naik. 


Ada yang masih berseronok main air banjir, kami di luar kawasan banjir ni tak putus-putus mohon pertolongan Allah. Allahuakbar.. dugaan untuk mereka.

Berita dari saudara, bekalan susu anak dah habis. Petang tadi, bantuan makanan baru sampai ke kawasan Kampung Karangan Lakloh, Kuala Krai. Bekalan api dah terputus beberapa hari. Mampu caj telefon dari dalam kereta. Keadaan air pula makin naik. Tinggal beberapa rumah jer tak ditenggelami air sebab lebih tinggi sikit. Yang lain....ermmm.. nampak bumbung.

Info dari kakak pula, ada doktor dan staffnya terperangkap di Kampung Salor bersama seorang pesakit yang uzur. Sekarang dalam bantuan staff lain untuk selamat dorang. Ermmm.. dorang tak sempat nak selamat diri, air naik dengan cepat. 

Keluarga kat kampung..ermm.. dorang maklum, hujan dah berhenti tapi dorang masih takut. Takut air air ... takut nak tidur... takut tak sedar keadaan luar rumah. Ya Allah.. kami yang kat sini pun turut rasa takut, apatah lagi mereka. Mereka yang telah jadi mangsa banjir. Mereka yang cuba larikan diri ke tempat tinggi. Mereka yang terperangkap dalam rumah. Allahuakbar. Lindungilah keluarga kami Ya Allah. 

Post a Comment

Kak Mahh said... 25/12/14 10:45 PM

Marilah kita mohon kepada Allah Taala semoga melindungi umatnya yang dilanda musibah ini.

misz sheyla said... 26/12/14 9:16 AM

memang teruk banjir kali ni... kampung saya yang tak pernah banjir pun kena jugak.. family dah tak dapat contact..kat kelantan lagi la...tengok berita ada yang lari atas bukit... T__T Allah...sedih tengok

Nuriesya Nadia said... 26/12/14 9:17 AM

Moga semuanya kembali seperti biasa ye Dkna. Jangan putus berdoa. :)

Mas Zull said... 26/12/14 11:45 AM

assalamualaikum dkna....berdoa moga tiada apa 2 yg berlaku pd mereka di sana...

Kakzakie said... 26/12/14 12:18 PM

Sedihnya dkna. Kakak yg tak pernah mengalami ni pun ngeri bila melihat paparan dari tv tu. Yg sedih tu ada yg dah jadi korban banjir...

Teruskan doa-doa kita..

ewanthology said... 26/12/14 4:47 PM

semoga dipermudahkan segala urusan mereka di sana.

Najib Ariyan said... 27/12/14 9:36 AM

kenapa cuma berjaga2 yer... pada saya kalau lah kampung sebelah dah naik air tu... terus saja lah pindah... itu lebih baik walau kampung sendiri tak naik air... sebab kemungkinann tu 50-50 kan... pindah lah sejauh mungkin dari kawasan banjir

Dkna Abza said... 27/12/14 1:58 PM

Saudara.. nak pindah kemana? Keadaan sekeliling dah naik air.. nak ambil risiko redah air?

Mampu berjaga-jaga untuk ke pusat pemindahan 50 meter dari rumah.

Nak pindah pun kene tunggu arahan berpindah. Pihak polis keluarkan arahan berjaga-jaga.

 
Top