15
Dalam situasi camni kita boleh nampak siapa yang sudi bantu kita, siapa yang hanya bermuka-muka depan kita. Ditanya macam mana bekalkan makanan kat kampung, tapi sampai hari ni..hampa. Bukan kami menagih stok makanan dari keluarga lain, cuma kami ingin dapatkan sedikit info untuk hantar bekalan ke kampung. 

Semalam... kami berusaha untuk hantar bekalan ke kampung bila Ma bagitau stok makanan makin kurang, anak-anak saudara dah kena catu makan. Nak kena jimat sebab tak tau sampai bila keadaan banjir ini berlarutan.

Yeaaa.. rumah di kampung tak banjir tapi kalau kawasan sekeliling dah tenggelam air, mana nak cari makanan? Kebanyakan kedai runcit pun dah habis stok makanan. 

Musim hujan, memang perut sentiasa lapar. Tambahan lagi kalau budak-budak, apa yang dorang tau kena catu makan. Bila lapar, nak makan..itu jer yang faham. Kita, dewasa.. kemungkinan boleh ikat perut tapi yang dah berumur, perlu makan ikut waktu sebab nak makan ubat. Perut mesti diisi.. erm.. allahauakbar. Tak terluah dengan kata-kata bila kenangkan keadaan di tempat banjir. 



Alhamdulilah... ada hamba Allah sudi hulurkan bantuan kepada kami untuk hantar bekalan makanan kepada keluarga. Bantuan untuk hantar terus ke rumah dkna di kampung. InshaAllah... esok bekalan ni sampai untuk keluarga disana. 

Semoga mangsa banjir yang lain dapat bantuan makanan secepat mungkin. Moga Allah berikan kekuatan dan semangat kepada mereka untuk teruskan kehidupan. Sabarlah wahai saudaraku..sabarlah... 

Post a Comment

KiD said... 29/12/14 10:46 PM

semoga dipermudahkanNYA...

teruskan berhubung dengan keluarga...

Kak Mahh said... 29/12/14 10:55 PM

Terima kasih kerana sudi membantu .

Kak Mahh said... 29/12/14 10:55 PM

Terima kasih kerana sudi membantu .

Kak Mahh said... 29/12/14 10:55 PM

Terima kasih kerana sudi membantu .

Kak Mahh said... 29/12/14 10:55 PM

Terima kasih kerana sudi membantu .

Pinangso Loro said... 29/12/14 11:06 PM

mudah2an dengan bantuan yg datang akan semakin meringankan beban mangsa...

SELAMAT TAHUN BARU 2015....

Semoga tahun mendatang ini memberi keberkatan dan kejayaan untuk kita semua

Nuriesya Nadia said... 30/12/14 9:36 AM

Semoga dipermudahkan ya Dkna.

Yanty Lee said... 30/12/14 10:13 AM

Semoga dipermudahakan segala urusan mereka di sana , Aamiin.

Sheila Salim said... 30/12/14 10:40 AM

Assalamualaikum dkna. semoga dipermudahkan urusan.. sebak tengok gambar2 banjir. semoga mereka dapat bertahan..amin

Ibu Ainul,Alif,Aisy & Afiq said... 30/12/14 12:14 PM

semoga di permudah kan insyaallah

Kakzakie Purvit said... 30/12/14 2:26 PM

Tindakan pantas macam ini sebenarnya yg perlu dkna. Tak boleh tunggu lama lagi sebab makanan dan keperluan mereka sgt dinantikan sekarang ni...

Unknown said... 30/12/14 3:19 PM

kesiannya kat keluarga di sana kan.. semoga dipermudahkan urusan dkna sekeluarga..

Cik Iman said... 30/12/14 11:57 PM

Insya allah berkat

Ezad Skytech said... 31/12/14 1:01 AM

semoga dipermudahkan la ye dkna...

Maria Firdz said... 31/12/14 10:45 AM

Moga dipermudahkn...

 
Top