20
Bagi pengguna Astro, korang mesti baca kisah ni, manalah tau esok lusa giliran korang pulak yang kena. 

Susulan dari cerita sebelum ni, dkna ke Customer Service Centre Astro, Cheras. 

Suami dkna hanya bawak kad astro jer, decoder dan remote tinggal dalam kereta. Tiba giliran, suami tanya isu pemulangan barang-barang yang diminta. 

Bila bagitau yang mak, mak mertua dan kakak pelanggan astro dan dorang pun dah terminate astro dengan pulangkan kad jer, nak tau dorang jawab apa? Haa... part 1. Jawapan dorang "macam mana encik tau dorang pulangkan kad je? Ni mesti astro lama".. hey !! Besar kecik besar kecik jer nampak depan mata. "Dah sahih tu mak bapa saya, family saya..so, saya tau la apa jadi" .. dan astro dkna pon memang dah lama..dah berkurun langgan walaupun menyampah belum hujan dah tak boleh tengok tv. 

Lepas tu dorang maklumkan semua ni dah tertakluk dalam perjanjian. Ok, part 2.. perjanjian yang dorang cakap, jadi kita tanya balik perjanjian yang mana? Bila perjanjian tu? Banyak kali tanya soalan sama, jawapan dia dah lama..dah lama..dah lama. 

See...see...see... entry sebelum ni dkna ada maklum yang pihak astro telah buat pindaan Oktober. Baru 2 bulan dorang pinda..2 bulan okeh. 

Ok, fine..untuk pertanyaan seterusnya, kalau tak pulangan semua tu macam mana? Korang nak tau apa dorang jawab "semua barang yang tertera nama 'astro' adalah hak kami dan wajib dipulangkan. Bayaran RM 500 akan dikenakan kalau kami tak terima dalam tempoh 30 hari". 

Bila ditanya, macam mana pulak dengn piring astro? Kenapa tak mintak kami pulangkan? Atau pihak astro nak datang ambil sendiri? Dorang tergagap-gagap nak jawab.. hahahaaa..

Nah !! Kami pulangkan dengan hati yang tenang barang-barang yang tertera 'astro' siap dalam kotak asal. Sekurangnya tak semak rumah dkna dengan 'astro'. 

Notis penamatan adalah selama 30 hari, bil terakhir adalah jumlah bulanan yang kita langgan. Tunggu jer la bil akan datang..ermm


Last sekali, dapatkan pengesahan pemulangan semua barang-barang tertera jenama 'astro'. Untuk bukti masa depan, kena simpan. Manalah tau nanti dorang cakap tak terima barang ke apa ke kan...kan..kan.. 

Ni pulak kisah disebalik tabir..haaa..dah macam filem kooo. Kisahnya macam ni, suami dah hangin sebab dorang tak jelaskan cara elok terma dan syarat kepada pelanggan, staff astro kat kaunter sebelah...lelaki.. slow talk dengan suami. Apa yang dia maklum kat suami "astro rugi teruk akhir-akhir ni, sebab ramai pelanggan tamatkan perkhidmatan. Salah satunya sebab adanya 'skybox'. Kalau terma dan syarat pengguna lama, apa yang perlu dipulangkan hanya kad sahaja. Ini terma baru yang astro pinda tanpa pengetahuan pelanggan lama'.

Jadi, korang boleh buat kesimpulan sendiri. Fuh ! Puas hati bila dengar penjelasan dari dia kalau dari awal, maklum perkara sebenar kan lebih manis. Ni dah macam tarik tali. Apa pun, terima kasih astro peneman dkna dari zaman bujang sampai jad mak dara. Wah ! Sedih pulak..haahahaaa 

Post a Comment

ajim (kerusiburok) said... 18/12/14 11:16 PM

umah sewa saya memang tak pakai astro. tapi pakai unifi. dapat tengok basic je. dan budak2 ni plan nak guna skybox jugak! padan muka astro. bosan ah tengok cerita ulang2 je. bayar je mahal -______-

Kak Mahh said... 18/12/14 11:20 PM

Eemmm...nasib baik potong awal astro

EjamOthman said... 18/12/14 11:29 PM

Nak kena potong Astro juga ni.
Tunggu tahun depan masuk rumah baru pindah talian telefon baru stop Astro bleh pakai skybox jer lebih jimat.

titan said... 19/12/14 12:15 AM

Nak pakai skybox pun..kena "faham" dulu gakk..ada benda yang kita tak tau. Hoho.m

ikhwan said... 19/12/14 1:42 AM

belum fikir lagi nak pakai astro :)

Fadhilah Yunus said... 19/12/14 5:11 AM

Skybox pn ade terms dia klau x silap..sb kakak cik dila smpat guna skybox 3bln,then terminate..cik dila pn nyaris2 terminate astro n ambik skybox..skrg ambik basic pakej astro je sb jrg tgk tv..terpanjang plak komen..sorryy

Bro Framestone said... 19/12/14 7:16 AM

Masih setia dengan Astro... Ada sebabnya he...23x

Rasanya kena check balik agreement lama, dorang ada mention x yang mereka boleh tukar2 agreement yang sedia ada tanpa pengetahuan pengguna.

Jika xde, boleh kot nak saman dorang, saman reramai... Terus bungkus la dorang.

Anak Perak said... 19/12/14 8:43 AM

Abis la aku banyak notepad, sticky note,pen,goody bag ada nama astro. teruk aku nak bungkus pulangkan.haha..

Alasan skybox tu hanya untuk menenangkan laki ko. sedangkan skybox x pakai pon decoder astro. jadi x der kena mengena dengan astro.

izzeyda said... 19/12/14 10:22 AM

macam tuh plak.. sekarang memang tengok tv biasa jer.. tak langgan apapun.. bukan nak tengok tv sangat bila dah keja nih..

MH MY said... 19/12/14 10:55 AM

Memang menyakitkan hati astro ni. Nasib dah terminate lama dah. Tapi ada gak baru2 ni diorg call mula2 suara baik suruh sambung tapi bila cakap xnak, terus suruh pulang decoder, piring and semua. Ape punya compony da...

Kakzakie said... 19/12/14 1:38 PM

Dari mula astro diperkenalkan kakak dgn abang memang tak berminat apa lagi kami jarang menonton tv. Bila ada anak lagilah yg baru nak mengenal alam sekolah langsung tak pernah kami langgan hinggalah sekarang Dkna. Kami belum berminat..

Zura Tahir said... 19/12/14 4:31 PM

mmg...klau bende2 cmnie...susah drg nk terangkan dgn jelas...pastue nk salahkan customer...

Nurmujahidah Ismail said... 19/12/14 7:10 PM

ala ala p1. nayala sungguh kita sbg pengguna.. mmm

Khairil Mazri said... 19/12/14 7:18 PM

terma dan syarat yang mengelirukan pelanggan lama. tu yeop tau. kalau tak baca entri ini gerenti mak ayah yg masih melanggan astro nak terminate satu hari nanti.

dah tu, meh layan streamyx. bayar mahal pun tak kena tutup tv masa hujan.

Que Achmad said... 20/12/14 8:48 PM

mujur abe xpakai astro. klu x, mesti tensyen sokmo

Nadia Johari said... 21/12/14 12:18 AM

haishh..main-mainkan pelanggan

Abd Hamid Musa said... 30/12/14 12:41 AM

Assalamu'alaikum. Sekadar satu perkongsian sebahagian daripada emel saya kepada Astro berkenaan isu ni.

Merujuk kepada Subscriber Term & Conditions ( http://www.astro.com.my/portal/subscriber-terms-conditions-2/ ), Artikel 2 : Provision of Service, Clause 2.1 (b) menyatakan

"Subject to clause 8 (Suspension or Termination) below, in the event that the Services are discontinued or terminated at anytime for any reason whatsoever either by the Customer or Astro, the Customer shall immediately arrange for the return of the Reception Equipment whether formally demanded or not, within thirty (30) days from the date of termination by arranging for Astro to collect the Reception Equipment at no cost to the Customer. All charges that are incurred by Astro to enforce the retrieval of the Reception Equipment shall be borne by the Customer and charged to his Astro account should he fail to return the Reception Equipment within the prescribed period."

Maknanya di sini, setelah saya sebagai pelanggan tidak lagi berminat dan tidak menyambung servis daripada pihak Astro, maka saya perlu menetapkan satu masa daripada tarikh penamatan kontrak itu untuk pihak Astro datang mengambil semula Reception Equipment tersebut daripada saya. Tiada pun didalam T&C ini tertulis yang saya (dan juga pelanggan Astro yang lain) perlu menghantar semula ke mana-mana Astro Customer Service Centre.

Nota: kalau nak stop servis astro, dan diorang minta hantar segalanya ke ACSC, sila 'ingatkan' pihak astro pasal T&C di atas..

Aimie Mokhtars [ BLOG ] said... 18/1/15 8:59 AM

oic...nak pakai skybox ni..kena cek gak sb byk t&s yg kena faham..mmg murah tp tulah..

Monalisa idayu said... 12/2/15 1:43 PM

Nk tnye..kalau kita xhantar balik.betol ke diorg boleh saman kita rm500?

Monalisa idayu said... 12/2/15 1:43 PM

Nk tnye..kalau kita xhantar balik.betol ke diorg boleh saman kita rm500?

 
Top