12
Kali ni dkna cuba menu baru untuk Mikhail selepas beberapa kali dkna bagi menu yang sama, maksudnya Dkna dan bagi Mikhail makan brokoli, kemudian ayam dan kentang atau single menu untuk Milkhail. Masakan kali ni, dkna campur kesemuanya.

Ok, pastikan anak-anak korang tak elergik yea dengan makanan tersebut. 


Bahan-bahanya :

  1. Beras - anggaran untuk anak makan 2 hari jer sebab Mikhail cepat jemu
  2. Ayam - potong kecil supaya cepat empuk
  3. Kentang - potong dadu kecil juga supaya cepat empuk
  4. Brokoli - lebih kurang 5 kuntum

Cara masak :

  • Dkna masukan beras yang telah dibasuh dah dikisar kasar bersama-sama ayam dan kentang supaya semua bahan tersebut empuk dengan baik. Brokoli pula dkna masukan selepas kesemua bahan tadi dah empuk sebab brokoli tak perlukan masa yang lama untuk masak. 
  • Bubur tadi dibiarkan sejuk seketika sebelum dikisar halus supaya semua bahan-baha tadi sebati. Boleh tambah air kalau ia terlalu pekat yea.


  • Dkna simpan dan bekas kecil-kecil supaya senang nak ambil dan bagi Mikhail makan. 1 bekas ni untuk sekali makan.
  • Letak dalam peti ais bahagian atas untuk simpan stok makanan ni. Pastikan peti ais korang tak tercampur dengan sotong, ikan, udang dan lain-lain lauk sebab ia boleh berikan kesan bau dan rasa untuk makanan bayi.

Keluarkan stok makanan ni beberapa jam sebelum dimakan dan boleh pilih untuk panaskan balik atau sekadar rendam jer dalam air panas. Macam dkna, pukul 5 pagi dah bangun terus keluarkan stok makanan anak direndam dengan air panas supaya bekunya hilang. Bila dah tiba waktu makan kat rumah pengasuh, dia boleh terus bagi kat Mikhail atau panaskan sekali lagi. Tengok kerajinan pengasuh masing-masing...hehehee.. Pengasuh Mikhail, dia akan panaskan balik...haaa.. macam mana dkna tau? Dah sahihla pengasuh sendiri yang cakap "ina, akak panaskan bubur Mikhail tadi, tak habis sikit jer". 

Ok, setiap kali nak bagi anak makan, korang cubalah rasa dulu menu tersebut. Manalah tau kan, stok yang disimpan ni dah tak elok untuk dimakan. Bagi menu yang dkna sediakan, rasa lemak-lemak gitu hasil campuran ayam, kentang dan brokoli. Mikhail pon nampak berselera jer, maklumla menu baru..hehehehee. Selamat mencuba !

Post a Comment

Kak Mahh said... 23/12/14 7:49 AM

Mewah abe Mikha makan hari ni.

Hafiz Rahim said... 23/12/14 8:51 AM

Wah.. syok la mikhail mkn mewah hari2. Hehe

Nuriesya Nadia said... 23/12/14 9:15 AM

Amboii. Meriah makanan Mikhail. :D

cik mah said... 23/12/14 10:40 AM

Setuju..pape rasa dulu..cik mah pun mcm tu..risaukan pape...so bia ada langkah pencegahan dulu...azwa suka menu ni..cik mah pun dah try...

Kakzakie Purvit said... 23/12/14 11:14 AM

Seleralah anakanda Mikhael makan ye. Kalau kakak dulu nak makan baru buat. Tak terfikir buat macam ini..

Sheila Salim said... 23/12/14 12:13 PM

Assalamualaikum dkna, adam sekali je makan bubur. hahaha sheila campur karot dgn kentang. dia macam tak suka hahhaa. dia lebih minat buah2 atau single sayur. tunggu besar sikit baru sheila buat combo puree ni. taksabarnya. dkna kasi beras putih ya?

akubiomed said... 23/12/14 1:13 PM

Beza diet pemakanan zaman kita kecil dahulu dengan anak sendiri. Ibu bapa kita beri apa yang mereka ada dan ibu bapa moden pula prihatin dengan diet makanan anak mereka.

JMR said... 23/12/14 2:25 PM

brokoli pon feveret dyyn masa kecik..hari2 telan tu je haha

Kira Sakura said... 23/12/14 4:19 PM

best kan boleh buat stok gini. kita pun xyah kalut bgun pepagi buat makanan dorg

mayangbakingmadness said... 23/12/14 9:12 PM

Beh krg sama cam menu anak akak, brokoli+kerot+daun sup+ayam@ ikan+butter.... Beselera mkn..

Unknown said... 24/12/14 2:48 PM

Klo saya pon saya akan panaskan blk... makan makanan panaa baru sedap hehe

Invisible Me said... 25/12/14 1:37 PM

Senang. Boleh buat stok seminggu. Banyak Mikhail makan, moga cepat membesar ;)

 
Top