7
Allahuakbar...teruknya banjir di Kelantan tahun 2014. Kakak dkna, blogger www.ceritaku.my salah seorang mangsa banjir yang terperangkap di Gua Musang. Dah 2 hari dia terpaksa bermalam di hotel berhampiran dengan Hospital Gua Musang. Katanya, kat situ kawasan lebih tinggi dari kawasan lain. Gambar yang dkna dapat darinya keadaan mangsa banjir di Gua Musang semalam.



Kampung yang ditenggelami air dan mangsa di kampung ni dah dipindahkan dari pusat pemindahan ke pusat pemindahan yang lain. 





Mangsa dari pusat pemindahan yang dipindahkan ke pusat pemindahan baru. Kesianya mereka.


Ni pula gambar mangsa banjir Gua Musang yang diletakkan sementara untuk pemindahan ke lokasi baru sebelum trak sukarelawan datang ambil mereka.



Ni pula gambar laluan ke Gua Musang lama yang ditenggelami air.


Stesen kereta api Gua Musang lumpuh ! Tenggelam air.


Salah sebuah sekolah arab di Gua Musang yang ditenggelami air semalam. 

Kalau air semakin naik, bekalan elektrik akan diputuskan di kawasan Gua Musang. Makluman daripada penduduk Gua Musang yang juga mangsa banjir, banjir tahun 2014 adalah yang ke-2 teruk selepas banjir pada tahun 1988. Sama-sama kita doakan mereka semua selamat.


Post a Comment

Kak Mahh said... 24/12/14 9:04 AM

Alhamdulillah . Hujan sekejab sekejab hari ini. Langit nampak cerah. Cuma kami di sini sentiasa berdoa agar keadaan banjir beransur pulih.

Nuriesya Nadia said... 24/12/14 9:39 AM

YaAllah , semoga dorang semua tabah menghadapi ujian ni. Moga moga selamat semuanya ye Dkna.

Yan Ty said... 24/12/14 10:03 AM

Ya Allah . Semoga semua berada dalam keadaan selamat hendakNya. Sabar ye Dkna.

yana yassin said... 24/12/14 10:04 AM

Allah, moga semuanya selamat . Sama- sama lah kita berdoa .

Nadia Johari said... 24/12/14 11:52 PM

semoga semuanya selamat..dan berharap banjir surut

Anonymous said... 25/12/14 12:21 AM

salam,nak tanya, bekalan letrik & network terputus ke kat gua musang?

Invisible Me said... 25/12/14 1:41 PM

Moga cepatlah surutnya. Banyak2 lah kita berdoa. Kwn IM pun ada yg stuck kt kelantan. Minggu dpn exam.

 
Top