4
Menarik tajuk perbincangan di Wanita Hari Ini mengenai persaingan mendidik anak. Apa yang dibincangkan mengenai cara ibu bapa mendidk anak-anak. Kadang kala ibu bapa suka bandingkan anak mereka dengan anak orang lain. Sebagai contoh, anak usia 4 tahun kebanyakan dah boleh bercakap dengan lancar tapi sesetengah ibu bapa akan bandingkan "eh..anak i umir 3 tahun dah pandai cakap" "anak u tak boleh jalan lagi" anak dah pandai naik basikal".. haaa.. lebih kurang macam tu la perbandingan mereka. 

Apa yang diterangkan oleh panel jemputan, dkna lupa nama apa tapi dia merupakan seorang doktor, katanya perkembangan anak-anak tak semuanya sama. Ada yang lebih cepat dan ada yang lambat sedikit. Sebagai ibu bapa, peranan mereka buka untuk bagi tekanan kat anak-anak. Contoh, paksa anak berjalan, paksa anak bercakap tapi belajar bersama anak- anak supaya mereka tak stress.


Bagi Mikhail yang kini usia 7 bulan, menjaga anak yang sedang membesar memang menyeronokkan dan mencabar bagi dkna memandangkan Mikhail anak pertama. Bila saja dkna baru belajar cara tangani anak selsema, tiba-tiba anak kena demam campak pulak. Fuh !! Memang mencabar kan. Tapi itulah tanggungjawab sebagai ibu bapa, bila semuanya kembali normal, ia memang bermakna bagi ibu bapa apatah lagi bila tengok anak tersenyum.

Pada usia ini, baby seharusnya dah boleh bergolek, merangkak dan duduk dengan sokongan. Mikhail, merangkak belum lagi.. mungkin ada anak-anak dikalangan korang pada usia ni pun sama dengan Mikhail. Dkna tak risau, kita ikut perkembangan dia sebaiknya.

Mencapai objek dan menoleh ke arah kita bila dkna cakap "jangan". Semuanya sedang dilalui oleh Mikhail. 

Memegang cawan atau botol berisi minuman dan membebel bahasa "perancis" berpatah-patah. Kalau bab makan makanan pejal, alhamdulilah.. Mikhail dah boleh makan dengan baik. Sekarang dia mula belajar melambai tangan dan pandai beri ciuman balas bila dkna cium dia. Alhamdulilah. 



Post a Comment

Maria Firdz said... 16/12/14 3:01 PM

betul.. x perlu pksa.. setiap anak ada keistimewaan dan perkembangan yg tersendiri... hatta, adik beradik pun tak sama perkmbangannya...

Tukang Karut said... 16/12/14 4:59 PM

Let it be naturaly... tak perlu banding

ewanthology said... 16/12/14 9:12 PM

betul ckp panel tu...perkembangan budak2 ni tak sama, so, tak payah risau.

Nadia Johari said... 21/12/14 12:23 AM

memang mencabar jaga anak ni..fuh..kene persiapkan diri mental dan fizikal

 
Top