4
Berakhir sudah tahun 2014. Pejam celik, sekejapnya masa berlalu..ermm..pejam celik, usia makin meningkat, anak semakin membesar dan yang pastinya ajal semakin dekat dengan diri ini. Allahuakbar..makin singkat usia kita. 

Ok, sedikit ringkasan yang Dkna nak rangkumkan dalam entry kali ni sepanjang tahun 2014.



Januari 2014 - Banyak kisah dkna tentang proses Dkna mengandungkan Mikhail jer, maklumla..kali pertama mengandung, banyak perkara yang nak dikongsikan. Cerita tentang mengidam nak makan itu la, ini la. Kemudian ada cerita tentang jantina anak, kononya nak buat kejutan kat family..hehee. Kalau korang nak tau perbezaan antara scan 2D dan 3D pun ada terselit dalam entry bulan ni.

Februari 2014 - Berkongsi pengalaman minum air gula ketikan mengandungkan Mikhail. Haa..pengalaman paling besat sebab air gulanya sedap..hehehe. Masih lagi kongsi cerita waktu mengandung. Dkna kongsi juga info mengenai suntikan ATT atau bahasa mudah, suntikan kancing gigi untuk ibu yang mengandungkan anak pertama. Dan kisah dkna ambil produk kesihatan Shaklee sepanjang mengandung, ikut fasa-fasa tertentu.

Mac 2014  - Bulan 3..ermmm..tak ada apa-apa yang menarik dan Dkna pun jarang update blog. Mungkin mood ibu mengandung waktu ni tak stabil..hahaha. Tapi yang paling best, Dkna kongsi pengalaman scan kandungan 4D kat Klinik Maria. Haaaa..jemput baca yea. 

April 2014 - Persediaan dkna untuk bersalin..ermm.. Bulan depan tarikh jangkaan bersalin, dan kisah Dkna 'boleh ke bersalin normal' ..ehehee.. sentap dengan makcik-makcik punya pasal, terus update entry. Nah..baca kisahnya kat sini tau. 

Mei 2014 - Sarat mengandungkan Mikhail, sempat Dkna dan suami buat sesi photoshoot sendiri. Jimat ! hahaha.. Saat yang dinantikan, tiba masanya dkna lahirkan Mikhail. Kisah dan pengalaman yang tak boleh lupa. Tapi...tapi.. haaa. nak tau kisahnya, baca la yea. Oh Hospital Putrajaya, zalimnya kamu terhadap diriku...hihiii

Jun 2014 - Hanya berkongsi gambar Mikhail selepas usianya 40 hari dan apa yang berubah pada anak serta ibu selepas berpantang...ermmm..rindunya Mikhail waktu baby. 

Julai 2014 - Sekarang, asyik kongsi kisah Mikhail jer, usia 2 bulan. Dan kisah kami beraya beraya tiga orang dikampung. Wah ! Macam tak caya, tahun ni raya bersama anak, tahun lepas raya sebagai pengantin baru. 

Ogos 2014 - Dah masuk kerja selepas 3 bulan cuti bersalin. Kisah-kisah sayu pilu seorang ibu tinggalkan anak di rumah pengasuh, lain-lain cerita..ermm.. Mikhail meniarap. Haaa..banyaknya cerita Mikhail ni.

September 2014 - Dkna dah mula aktif kembali dengan rakan-rakan blogger, kembali aktif dalm dunia blog selepas beberapa lama menyepi. Banyak kongsi pengalaman review dan rezeki makin mencurah-curah. Alhamdulilah.

Oktober 2014 - Kali ke-2 Raya Qurban diperantauan. Tapi kami sambut dengan meriah bersama rakan dari Kelab Blogger Ben Ashaari. Hilang rasa sunyi dan rindu kat kampung. Lagi kisah Mikhail yang luka kat kepala dan kisahnya membesar dengan jaya. 

November 2014 - Bulan yang penuh kegembiraan bila Dkna berjaya pegang Ijazah atas pentas. Majlis Konvokesyen di UUM, Sintok Kedah. Alhamdulilah. Semangat untuk Mikhail berjaya satu hari nanti. Kali pertama bawak Mikhail berenang hi Hipopo baby Spa, suka sangat dapat main air. Lain-lain kisah membesarkan Mikhail.

Disember 2014 - Pengakhiran yang paling menyayat hati seluruh rakyat Malaysia bila berlakunya banjir di Pantai Timur. Subhanallah...Engkau yang berkuasa di dunia ini. Semoga mangsa banjir tabah untuk teruskan kehidupan mendatang. Tahun 2015 menjelma dengan 1001 ujian dan dugaan yang bakal tiba, Moga kita turut tabah hanrunginya. InshaAllah. 






Post a Comment

Sheila Salim said... 31/12/14 2:51 PM

Assalamualaikum dkna. tahun ni banyak suka duka kan.. semoga tahun baru esok lebih baik.. in shaa Allah...

akubiomed said... 31/12/14 8:29 PM

Boleh tak dikatakan triple joy? Dapat baby, tamat pengajian dan berkeluarg. :)

Nadia Johari said... 31/12/14 8:49 PM

Banyak suka duka nad jugak..hehe

Najib Ariyan said... 1/1/15 9:13 AM

Assalamualaikum

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Bersama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran bagi seluruh negara dan seluruh dunia. Semoga 2015 ini akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... amin...

 
Top