5
Kalau kat Putrajaya ni memang banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Kali ni dkna tertarik dengan kedai makan kat Presint 14. Kedai ni bertentangan dengan Mydin dan yang menariknya nama kedai ni "Kampung Penyet". Dua kali dkna pandang signbord kedai ni..agak kelakar tapi unik dan mampu menarik dkna masuk kedainya. 

Masa dkna masuk dalam kedai ni memang tak ada orang..kosong.. tapi menarik sebab kerusinya warna hijau epal, nampak ceria. Kemudian, makin ramai yang singgah kedai ni. Mungkin dorang segan nak masuk sebab kedai ni nampak baru buka. Yea laa.. orang tak yakin menu yang disediakan sedap atau tak. Haaaa.. jangan buat andaian sebelum mencuba okeh. 

Kat sini layan diri yea, pergi kaunter dan order menu. Dkna order ayam madu dengan kangkung goreng. 


Kalau korang nak sup, disediakan secara percuma...haaa... nak ambil banyak mana sup tak perlu bayar, perlu rajin bangun jer..hehee.. sup ni dorang letak sebelah kaunter, memang korang akan nampak la. 

Bercerita bab menunya, ayam madunya memang sedap..sedap..sedap. Puas hati dkna order ayam madu. Rasa perapan tu memang sampai ke isi dalam ayam, ditambah pulak dengan sambal belacanya yang pedas..nyummmm... nyummmm.. Kangkung goreng pula rasa biasa jer.. 

Kalau korang ke Mydin Putrajaya, bolehla cuba makan kat sini. Ikut selera masing-masing, menu yang dihidangkan lebih kurang sama dengan Restoran Ayam Penyet.

...............................................................................................................................


PROMOSI EPHYRA DISEMBER 2014
WhatsApp 017 221 7636

Post a Comment

yana yassin said... 20/12/14 10:34 PM

Macam lama dah x pi putrajaya , kalau turun sana boleh try kot .

Nadia Johari said... 21/12/14 12:05 AM

selalu turun putrajaya p makan dekat presint 9 je..

Najib Ariyan said... 22/12/14 10:30 AM

sedapnyaaa... ayam penyet memang kegemaran saya sejak bila2 terutama pasal sambalnya... saya akan elakkan kedai yg tiada sambal malahan pernah bawak sambal dari rumah sebab kedai tu takder sambal

Fiza Rahman said... 22/12/14 4:58 PM

Sedap lah plak tgk. Dah lama tak pekena ayam penyet.

Invisible Me said... 25/12/14 1:31 PM

Lapar jadinyaaa. Terbaik juga restoran ni, siap sedia sup percuma.

 
Top