9
Permulaan tahun 2015 dengan percutian bersama-sama dengan geng Kelab Blogger Ben Ashari kat Legoland Malaysia. Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai tambah lagi masing-masing dah ada keluarga, yang anak dara dan anak teruna pun join sama..memang havoc la kat Legoland selama 2 hari. Apa pun, ini pengalaman yang indah untuk kami semua.


Dkna bertolak dari Putrajaya ke Legoland lebih kurang pukul 7.30 pagi. Kami dah janji dengan Hafiz Rahim jumpa kat RnR Nilai. Sempat kami breakfast kat sana, isi perut sebelum bertolak ke destinasi. Kami konvoi dua buah kereta jer dan yang lain-lain bertolak lewat sikit. 



Dkna bertolak seawal mungkin sebab risaukan Bila Anak Meragam Dalam Kereta. Nasib baik Mikhail pun faham apa yang Dkna duk sembang dengan dia dari malam, sebelum tidur sambil bisik kat telinga pesan jangan meragam, duduk dalam carseat diam-diam. Fuh! memang dia diam sepanjang jalan. Makan bubur lepas tu tidur. Sedar kejap jer..kemudian tidur sampai ke Legoland. Terima kasih anak ibu, dengar pesanan ibu. Next time ibu dan abi bawak jalan-jalan lagi yea.


Ok, lebih kurang pukul 11.00 pagi kami sampai kat Hotel Legoland. Kat sana dah ada rakan blogger Irra menunggu PR kat loby. Sementara tunggu rakan blogger yang lain, kami bergambar dulu kat loby Hotel Legoland. 


Maskot Lego pun ada kat loby hotel. Mundar mandir jalan..hehhee.. Mikhail pulak, mata duk pandag kiri kanan entah tengok awek mana.


Rakan-rakan yang lain, ada yang dah tiba dan ada yang masih dalam perjalanan. Sementara nak check in hotel pukul 4.00 petang, jom la kita berpanas dalam Theme Park.

Pukul 12.00 tengahari Dkna masuk Theme Park. Fuh..matahari tengah tegak atas kepala tau. Nak masuk Water Park memang lagi bahang...


Ok, nanti Dkna sambung cerita untuk entry akan datang. Jangan lupa follow Instagram Dkna Abza untuk gambar-gambar lain sepanjang di Legoland Malaysia.


Entry berkaitan :
*****************************************************************
Dkna menerima bayaran ANSURAN untuk pembelian Ephyra !!
Harga promosi lebih murah dari haraga pasaran dan pastikan korang beli dari dealer yang sah dan berdaftar sahaja okeh.. Takut korang dapat yang PALSU !

Hubungi Dkna 017 221 7636


Post a Comment

Mas Zull said... 13/1/15 1:17 PM

assalamualaikum dkna...bestnya bercuti di legoland...sayangnya mama x dpt nak jumpa dkna hari tu...lain kali jika panjang umur bolehlah kita berjumpa yer...:)

irra yyan said... 13/1/15 1:23 PM

Panjang cerita lagi tu. Hehehe

Najib Ariyan said... 13/1/15 1:35 PM

Selamat Tahun Baru... syoknya jalan2 ngan celebriti... legoland lagi tu,...

careno said... 13/1/15 2:51 PM

huh... sejemput jer citer... inttro sangat... grrr...

Yana MIB said... 13/1/15 3:12 PM

mohon copy gambar...bahaha :p

Nadia Johari said... 13/1/15 3:53 PM

bagus mikhail tidur lena..behave je

Kakzakie said... 13/1/15 4:20 PM

Kalau kakak tahu kakak pergi sana nak tengok bujang dkna yg comel tu. Dekat aje dari rumah kakak ni..

noor syuhada md noor said... 14/1/15 6:06 AM

Salam kenal Dkna..bestnye gi legoland..dah lama teringin nak bwk 3 hero ni gi sana..ini kalo gi dengan mak and bapa budak pon seronok sekali ni hehe

adaa follow here ye, jemput jengah blog adaa juga

www.adaa-inspiration.com

Nazlee Ismail PCL said... 14/1/15 4:24 PM

pcl teringin gak bawak family ke sana, tu hari ingat nak join KBBA tapi risau sebab masa tu sibuk nak urus sekolah anak2 yg dah besar ni...lain kali tak lepas peluang kalau ada rezeki.

Nampak enjoyed betul korang kat Legoland yer..!!

 
Top