6
Kalau masak mee, dkna lebih suka goreng jer. Buat mee goreng basah, senang, mudah.. main campak-campak jer dalam kuali hehee. Tambah lagi, suami memang suka menu tu.

Kali ni, Dkna cuma masak Mee Bandung Muar dengan menggunakan pes dari Tok Mommy's Kitchen. Hahahaaa.. pakai pes lagi senang kerja suri rumah yang bekerja. Cepat jer siap menunya. 



Bahan yang dkna perlu sediakan, mee, sayur sawi, udang dan taufu jepun lupa nak letak dalam gambar..heehe. taufu jepun tu Dkna gantikan telur. Saja nak buat kelainan sikit.



Yang paling penting, pes Mee Bandung Muar Tok Mommy's Kitchen. Tak ada pes ni, tak menjadi la mee Dkna. 

Cara nak masak semang senang je. Masukkan pes dan sedikit air, kemudian panaskan. Lepas tu, masukkan udang... taufu atau telur dan sawi. 


Dah siap ! Senang jer kan. Haaa.. pes ni memang membantu dkna. Penat balik kerja, terkejar-kejar dengan Mikhail lagi. Hidangan ni untuk 4 atau 5 orang makan. Tapi Dkna dan suami, berdua jer makan...habis licin okeh. Hihiii....

Nak tempah? Boleh tengok FB Tok Mommy's Kitchen dan hanya perlu sms untuk tempahan. Selamat menjamu selera. 

Post a Comment

Mas Zull said... 7/1/15 7:53 AM

assalamualaikum dkna...wah !! sedapnya pagi2 buat perut jadi lapar bila tengok gambar dkna ni...;)

Amanda Suria said... 7/1/15 7:58 AM

Ya allah..temptingnya Dkna..nk2 udang tu seksi giler..

Lynn Hamzah said... 7/1/15 8:32 AM

masak dengan udang galah ek...memang best...selalunya guna perencah mee bandung adami jer...

Aku Penghibur said... 7/1/15 3:15 PM

wahh nampak mudah.. boleh cuba nie

Kakzakie said... 7/1/15 4:28 PM

Jadi mummy/isteri bekerja kena kreatif dkna. Macam inilah senang-cepat-sedap:)

adarain said... 8/1/15 12:47 PM

owh, sedapnya, tak payah letak minyak la ni. memang simple sangat.

 
Top