5
Horey ! Masuk theme park lah kita. Teruja? Seronok? Haaa.. tak tahu nak tuju kemana bila dah masuk sini. Pandang kiri, pandang kanan.. ermm.. Masuk cafe legoland dulu. Isi perut sebab masing-masing dah lapar. Mikhail jugak senang hati sebab dah menyusu. 


Kita pakai baucar makan yang diberikan bersama-sama tiket masuk theme park. 

Tengok menu kat sini, macam tak menarik jer. 

Ok, teruskan berjalan-jalan sambil cari restaurant lain sebab suami nak cari menu yang berat sikit. Maklumlah, dah tengahari... waktu lunch. Korang yang datang sini, jangan risau sebab ada banyak gerai dan kedai makan yang tersedia dalam ni sepanjanga perjalanan korang.


Singgah kat gerai ni, kami beli 2 cup jagung dan 1 botol air dengan harga RM 17.00. Meleleh air hidung nak bayar..hahahhaa. Nasib baik ada baucar. Kalau korang pakai baucar, dorang tak akan bagi duit baki tau kecuali korang tambah dengan duit cash. Contoh Dkna ada baucar RM 15.00, jadi perlu tambah duit cash RM 2.00. 




Singgah kat Boating School dengan harapan boleh naik boat. Tapi sayangnya... Mikhail tak cukup tinggi dan tak boleh main. Bergambar jer la kita kat sini.


Yes ! jumpa jugak restauran untuk kami isi perut. Ok, kat sini menu dia best sikit sebab ada nasi, spaghetti dan lain-lain menu. Nak jimat baucar, pilih 1 menu jer kongsi suami isteri. Nampak sweet tak ?? hahaaa..



Harga set spaghetti ni RM 25.00. Fuh ! meleleh lagi air hidung..hahahahaaa..


Kalau anak-anak usia 2 tahun ke atas, memang berbaloi masuk theme park sebab dorang boleh main semuanya. Tak rugi ! Mikhail...hehee.. bawak pusing-pusing naik kereta api lego jer la, yang ni jer tak perlu ukur tinggi hahahaaa.. Legoland Express tempat nak beratur naik keretapi lego. 



Cuaca kat sana memang panas sebab tempat berbukit, kebetulan waktu kami ke sana, cuaca kejap panas kejap mendung. Nak bergambar kat Miniland pun kami berkejar-kejaran dengan bawak Mikhail. Bagusnya anak ibu nie, tak menangis walaupun tengah panas terik. Puji anak sendiri..heheheee..

Ok, tengoklah beberapa keping gambar yang kami sempat snap kat Miniland. Semua bangunan yang terbentuk kat sini dari hasil cantuman lego ! memang terbaikla. 






Ni pulak kat Star Wars Legoland. Bila masuk jer, korang akan ditayangkan dengan video Star Wars. Masa Dkna masuk dalam tu, ramai anak-anak usia 3 tahun ketas. Dengar dorang duk gelak-gelak tengok tayangan kartun lego tu. Kelakar mungkin ! Lepas habis tayangan tu, korang akan keluar jalan yang penuh dengan Lego Star Wars. 


Bestnya, ada butang tertentu kat setiap pameran ni. Tekan jer, korang akan tengok lego-lego ni bergerak-gerak dengan bunyi perang. Memang nampak macam real !


Banyak sangat tempat yang menarik kat dalam theme park ni. Pastikan kalau korang ke sana, pusing semua tempat yea. Dkna pun dah penat, anak pun dah nampak makin kuyu jer nak tidur. Tengok jam dah pukul 4.00 petang, so...kami check in hotel dulu sebelum ke water park !

Ada yang tanya Dkna, kenapa pukul 4.00 petang baru boleh check in hotel? Kalau hotel-hotel lain, pukul 2.00 dah boleh masuk kan..eerrrkk.. Jawapan Dkna 'inilah kelainan Hotel Legoland'..lain dari hotel yang lain. Korang spend time with family samada ke theme park atau water park sebelum masuk hotel. Waktu operasi Theme Park Legoland dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 petang sahaja. Jadi, buat perancangan yang terbaik bila korang sampai sini. 


Lain-lain gambar Legoland, boleh follow Instagram Dkna Abza. Entry water park akan menyusul kemudian.

***************************************************************

Dkna menerima bayaran ANSURAN untuk pembelian Ephyra !!
Harga promosi lebih murah dari haraga pasaran dan pastikan korang beli dari dealer yang sah dan berdaftar sahaja okeh.. Takut korang dapat yang PALSU !

Hubungi Dkna 017 221 7636



Post a Comment

careno said... 14/1/15 2:34 PM

haa itu laa... ank kecik mcm mikail x sesuai sgt sbb x byk game... lg pun die x tahu ape... bsr skit nnti boleh repeat lg...

Mawardi Yunus said... 14/1/15 3:49 PM

Tungla makan spageti. Kami makan buah je. Wuwuwuwuwu sedey

Shai Mommylotte said... 14/1/15 4:11 PM

ni yang best ngn entri ni, siap letak harga, mudah nak bajet.

(dah jadi mak gini le..)

http://mommylotte.com/

Cik Puan Eka said... 14/1/15 4:35 PM

macam2 ada dah kat sana. haritu pi memang takde ape sangat + panassss. hehehehe

nanti bole pegi ni. Tunggu baby besar skit

Mas Zull said... 14/1/15 6:13 PM

assalamualaikum dkna...betul tu mika kecik lg byk mainan yg x sesuai lg dgn die...lain kali boleh dtg lg yer...:)

 
Top