7
Hujung minggu ni nak bawak family join Blogger Day Out kat Cyberjaya. Korang yang free boleh join sama-sama. Banyak aktiviti yang bakal dilakukan oleh blogger kat sini. Mana-mana blogger yang belum jumpa, belum pernah salam sambil laga-laga pipi, kita jumpa Ahad 26 April 2015 bertempat di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya,  Cyberjayaview Sdn. Bhd.





Untuk makluman korang, Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ni merupakan tempat riadah. Ia merupakan satu tempat menarik yang terletak di Cyberjaya untuk pelbagai jenis aktiviti samada pada hujung minggu atau hari-hari biasa. Ok, salah satu aktiviti yang akan berlangsung ialah golf, badminton dan juga paintball. 

Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ni terletak berhampiran dengan Universiti Multimedia. Untuk makluman korang, ia wujud pada tahun 2006 lagi dan mempunyai banyak fasiliti atau kemudahan bagi aktiviti sukan seperti sirkit go kart, futsal, squash, basketball, kolam manid dan banyak lagi. Kat sini juga menyediakan pakej bagi majlis tertentu seperti majlis perkahwinan atau mesyuarat.

Tempat parking memang luas dan boleh menampung lebih kurang 500-700 pengunjung pada satu masa. Untuk tempahan catering pula boleh hungin 03-8318 0008 atau follow instagram Kelabkomuniticyberjaya.


Ada yang nak join? Haaa..dialukan datang ke sana nanti untuk memeriahkan lagi Blogger Day Out walaupun aktiviti ni terhad kepada mereka yang berdaftar sahaja. Datang la, boleh berkenalan dengan lain-lain blogger yang terdiri daripada 100 orang blogger. Fuh ! ramai tu.. boleh peluk cium laga-laga pipi sampai lebam laa..eheheee

Ok, antara penaja rasmi Blogger Day Out ialah :






Jumpa di sana yea. Dkna bawak Mikhail, so ada sesiapa yang free boleh temankan Mikhai sebab ibu dan abinya nak main...hahaha.. Lama tak berlari, lama tak buat senaman, teringin woooo nak main macam-macam aktiviti kat sana. 



Post a Comment

zeera lily said... 22/4/15 1:54 PM

mcm best je dkna..

mas saari said... 22/4/15 2:28 PM

yeayyyy jom laga2 pipi.. akak main games gilir2 ngan husband..

NURUL AQIDAH AZAHAR said... 22/4/15 2:32 PM

best...bgus eratkan lagi silatur\lrahim

Zee Suhaini said... 22/4/15 2:46 PM

syioknya..selalu gak gi situ bawak anak2 beriadah..
dah ada ramai2 blogger ni cam segan lak nak turun..

Cikk Mimin said... 22/4/15 3:59 PM

semoga berjalan lancar event kali ni. amin

onlajer said... 22/4/15 4:13 PM

oh ada event blogger rupanya dekat cyberjaya, kawan tengok dari jauh je hehehe

Nazlee Ismail PCL said... 22/4/15 6:45 PM

ok takpe dkna...mikhail bg pakcik Lee jaga..

 
Top