3
Hari minggu yang sangat-sangat havoc dengan kehadiran ramai rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari yang datang memeriahkan lagi Blogger's Day Out 2015 di Kelab Komunti Tasik Cyberjaya. Sangat-sangat meriah sebab semua yang datang memang sporting. Haaa.. yang bawak anak seusia 40 hari, masih dalam pantang pun ada yea. Anak-anak yang seusia Mikhail, memang lasak la duk tawaf kawasan. 



Haa.. sampai jer kat meja pendaftaran ambil baju dulu yea. Kemudian selfie la kami 3 beranak ni dan yang paling comel baju Mikhail tu. Alahaaai..tengok anak pakai nampat sweet jer, kalau ibu dan abi pakai mesti bertambah sweet kan..hehehee


Acara bermula selepas ucapan dari wakil blogger dari Lan Careno dan bacaan doa oleh blogger Huzaini. Kemudia, panaskan badan dengan tarian yea. Bagi peluh-peluh sikit sebelum buat aktiviti selanjutnya. Kemudian blogger telah dibahagikan mengikut warna pada taging lengan masing-masing untuk buat aktiviti berkumpulan.




Aktiviti seterusnya, kita main golf. Ok, setiap ahli kumpulan hanya boleh buat pukulan sekali sahaja. Sekali jer tau, tak boleh lebih. Dan pemenang kumpulan berdasarkan sejauh mana bola tu terpelanting atau bola tu memang tak bergerak dari tempat asal..hehehe.. banyak video dari rakan blogger kat Instagram dan Facebook, korang terjah yea.


Ok, jom main badminton pulak. Ok, game kali ni memang kelakar sebab 1 pasukan ada 6 orang akan main dalam satu masa dengan menggunakan 1 raket sahaja. Haaa.. macam mana nak main? Ok, kat sini kita boleh tengok kerjasama antara pasukan masing-masing. Cara main pulak, lepas korang pass kat pasukan lawan, korang kena pastikan raket yang korang pegang tu di share dengan rakan-rakan dalam kumpulan supaya tak kalah. Aduhhh.. macam mana nak terangkan erk? Harap korang boleh bayang macam mana permainan ini berlangsung..hehehhee


Dah penat berpeluh pass raket, selfie ramai-ramai sebelum pergi main go kart.


Ok, ni geng lelaki yang repeat kali kedua main go kart. Fuh! tengok cara dorang bawak kereta dalam trek, rasa macam kita pulak yang tekan brek kaki...hahaha. Tapi yang paling penting, semua enjoy. Geng perempuan pun tak terlepas main go kart. Masing-masing dengan skill sendiri. Memang seronok la.


Aktiviti terakhir pulak main paint ball. Kene tembak? Haaa.. yang tu wajib la kan. Untuk permainan kali ni, ada 2 lokasi. Lokasi pertama tak mencabar sangat la sebab main tembak-tembak kat belon tu je..apa nama entah. Ok, untuk pusingan kedua, dorang lawan dalam kawasan lebih mencabar, dalam hutan. Haaa.. bukan hutan tebal, hutan yang ada semak-semak sikit. Dah macam askar gaya masing-masing.


Akhirnya, lebih kurang pukul 5 petang berakhir sudah Blogger's Day Out yang berlangsung di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Acara cabutan bertuah dan cenderahati penyeri majlis ni. 

Terima kasih buat semua sponsor Blogger's Day Out 2015


Makan tengahari yang disediakan oleh Bayou Catering Cyberjaya. Untuk tempahan, boleh hubungi 03-8318008.




Post a Comment

Indra Kusuma Sejati said... 29/4/15 8:21 AM

Acaranya meriah sekali, senang dapat bertemu dengan teman-teman blogger dan berkumpul bersama ya Ka.

Yan Ty said... 29/4/15 12:19 PM

TQ for coming memeriahkan BDO 2015 hope next event KBBA lagi meriah !

mshazadoes said... 29/4/15 12:35 PM

meriah nya dkna :)

 
Top