5
Bestnya kalau dapat makan bubur pagi ni. Masih terbayang-bayang dan dapat rasa lagi kesedapan bubur di D'Laila Suppower. Terima kasih abg Hazman Fadzil atas jemputan bersama dengan beberapa rakan blogger suka makan yang lain. Kali pertama Dkna ke sana makan Mee Udang Bandar Baru Nilai bersama keluarga. 

Kali ni, Dkna ke sana lagi untuk cuba resepi baru. Paling menarik bila nampak posting di Facebook D'Laila Suppower ada menu Bubur Nasi Berlauk, terus terbayang 'ok..menu ni boleh suap untuk Mikhail'..hehehee


Gini reaksi Mikhail makan bubur nasi berlauk. Banyak dia makan, sedap. Memang sedap. Untuk Mikhail, Dkna hanya pilih telur masin, sosej, tauhu dan ikan bilis. Lebih dari 10 jenis lauk yang disediakan oleh Kak Laila bagi menu bubur nasi berlauk. Rambang mata nak pilih !


Lauk-lauk lain seperti sambal sotong, sambal bilis, sambal kerang dan tempe goreng.. pilihan ni pedas sikit dan sesuai untuk Dkna dan suami makan...hehee. Kalau makan bubur nasi berlauk tanpa lauk pun dah cukup rasa, cukup menyelerakan. Kalau ditambah lagi lauk-lauk lain, lagi bertambah selera. Satu mangkuk bubur pun tak cukup ok. 

Menu seterusnya, telur ikan mayong. Korang yang belum pernah makan telur mayong, boleh datang sini. Selain tu, banyak pilihan lauk-lauk untuk korang makan. Kali pertama Dkna tengok depan mata telur ikan mayong. Fuh ! Gini rupanya telur mayong.



Pilih lauk dan order je nak masak macan mana, pasti Kak Laila boleh masak mengikut selera korang. Nak masak apa erk? Haaa.. Dkna pilih telur ikan mayong masak lemak dan satu lagi menu ikan pari masak asam pedas.


Akhirnya... Set untuk suami isteri menternak lemak. Nasi putih yang disertakan telur masin, sambal belacan dan salad. Manakala lauknya berlandaskan telur ikan mayong masak lemak dan ikan pari asam pedas. Berpeluh kami nak habiskan makanan ni.


Terliur tak? Haa.. tengok telurnya bergelimpangan dalam pinggan..ermm..nyummm...nyummm.. Ikan pari pula tersadai ditepian..hehehe. 


Perut dah kenyang, masa untuk balik rumah. Sebelum tu, jangan lupa bergambar dengan pemilik kedai D'Laila Mee Udang. 

Lokasi ke D'Laila Mee Udang / MMA Santai Corner [Bandar Baru Nilai]. 

Alamat : Jalan BBN 1/1F, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Untuk tempahan : 017 225 3337
Facebook : D'Laila Suppower
Waktu operasi : 6.00 petang hingga 12 tengah malam.

*Waze MMA Santai Corner untuk ke lokasi*




Post a Comment

Yan Ty said... 30/4/15 9:34 AM

terliur jap... pandai si hensem boy tu mkn...

Kakzakie said... 30/4/15 9:51 AM

Pandai dia menarik pelanggan. Memang nampak attractive betul cara di displayed. Mika pun boleh tahan juga makan bubur ye:)

adarain said... 30/4/15 10:31 AM

saya pun ada makan kat situ tapi makan mee rebus udang. memang sangat sedap cuma service lambat. nasib sedap.

Mizz ErMa said... 30/4/15 12:04 PM

gulp..tengok je pon dah terliur, terasa mcm makanan tu ada kat dlm mulut je nie..hihi

Sheila Salim said... 30/4/15 12:11 PM

Assalamualaikum dkna, wahhh terliur tengok telur ikan mayong tu. hehehhee

 
Top