5
Hari ni Dkna tak kerja. Jaga budak kecik ni kat rumah. Awal pagi dah bangun, pukul 5.30 pagi dah kejut ibu dan abinya. Hai anak, tak sekolah hari ni pun bangun awal. Mungkin dah terbiasa setiap pagi Dkna kejut sebelum hantar ke rumah pengasuh. 


Dalam pukul 8, dia dah mula mengantuk. Dah mula merenget. Tau sangat la kalau mengantuk memang gitu perangainya. Bawak masuk bilik, tak sampai 5 minit dah lena. 




Tengok anak tidur..ermm..macam-macam perkara terjah dalam fikiran. Dah makin besar anak lelaki ku. Terdetik dalam hati...ermm.. makin berusia la ibu mu ni Mikhail. Dulu, dari sebesar 2 jari jer kaki mu anak, hari ni sebesar tapak tangan ibu.


Berjalan pun dah makin laju. Budak kemaruk berjalan, memang kerja nak jalan jer. Tapi gigi belum tumbuh..hahaha.. kalau makan dah macam atok kunyah sireh mukanya. Ermmm.. 11 bulan dah usia.. bulan depan genap setahun, detik bersalinkan kamu Mikhail. 


Post a Comment

MOMMYLIN said... 13/4/15 11:23 AM

budak memang kejap je masa membesar dia. sbb tu rasa klu termiss moment indah. rasa rugi sangat.

eima said... 13/4/15 11:40 AM

kita mak2 mmg gitu ... suka sgt pk bukan... tambah klu tgka nak tido klu boleh semua nk kelebek .. hihihi

Kak Mahh said... 13/4/15 2:23 PM

Eppi birthday mikhaa

Akak Coway said... 13/4/15 4:53 PM

Rasa terharu kan bila lihat anak makin membesar. Masa makin cepat berlalu.

Penapis Air untuk Keluarga Bajet

Kakzakie Purvit said... 14/4/15 12:21 PM

Itulah Dkna.. bila tengok anak rasa alahai cepatnya besar. Nanti lepas birthday lagilah terasa cepatnya masa jalan...

 
Top