4
Makan steamboat waktu pagi? Haaa... korang gelak yea? Jangan tak percaya pulak di Maharaja Steamboat, mereka menghidangkan pelbagai jenis hidangan untuk makan pagi, tengahari dan malam. Apa yang mengejutkan Dkna, kat sini steamboat dah tersedia seawal pagi. Kali pertama Dkna makan steamboat waktu pagi.



Roti bakar kat sini memang laris, nak dapatkan roti bakar ni kena beratus yea..hehehe.. Dihidangkan panas-panas. Sedap ! Mikhail pun suka makan roti bakar sebab ada rasa manis-manis kaya, memang budak suka la. Dkna makan nasi lemak...hehehe.. Nak tunggu steamboat siap digrill, haruslah isi perut dengan lain-lain menu. Pilihan suami pulak, lempeng dengan asam pedas. Dia makan sorang-sorang tau, tak sempat nak cuba...hehehee



Pencuci mulut pulak, Dkna bagi Mikhail jer makan. Puding yang ada dalam peti ais. Puding ni agak manis bagi Dkna, tapi kalau anak makan..ermm.. selera jer nampak gaya.


Sup...Wah ! Kalau nak cerita bab sup ni..pergh! Rasa meleleh air liur sambil taip entry ni. Sup kat Maharaja Steamboat ni terbaik la. Cukup rasa yang mampu buat Dkna terkenang-kenang sup perut dan sup keting. Dihidangkan bersama-sama nasi, tapi kalau nak sup jer tak ada masalah. Macam-macam jenis sup ada, sup daging, sup lidah pun ada yea.

Pilihan untuk steamboat memang banyak. Korang pasti rambang mata kalau nak makan, pegang lauk tu nak ambil lauk ni, tengok lauk ni nak makan lauk lagi satu...hahahaa. Nasib baik ada ramai suami-suami yang rajin nak mengrill. Kami kaum ibu tunggu masa nak makan jer. Masak, makan, masak makan lagi lepas tu selfie.




Nak kenal tuan kedai ni? Tokey besar tau.. tengok muka macam garang jer, tapi bila dah sembang memang baik sangat dan yang penting sporting. Best!!!


Untuk penambahbaikan bagi kedai Maharaja Steamboat ni, dapur untuk steamboat perlu disediakan lebih banyak lagi sebab ada yang dapur tak berfungsi dengan bagus jadi boleh replace dengan segera. Pelanggan pun tak tertunggu lama untuk menikmati hidangan tersebut.

Lain-lain info berkaitan dengan Maharaja Steamboat, boleh lawati :



Lokasi :
Maharaja Steamboat
No. 6, Tingkat Bawah
Jalan 2/10, Bandar Baru Selayang

Tel : 03-61386664

Landmark : Stadium Selayang (waze) 


Post a Comment

Sue Izza said... 9/4/15 9:19 AM

alamakkkkk teringat sup dia walawehhhhh

Azlinda Azman said... 9/4/15 10:12 AM

Yup..suka sup marvelous pak Din ni..

Azlinda Azman said... 9/4/15 10:12 AM

Yup..suka sup marvelous pak Din ni..

::EIDA:: said... 14/4/15 4:25 PM

baca time ptg2 gini eh lapaa terus hmmmmm HAHHAHA

 
Top