10
Awal pagi bangun masak nasi goreng untuk anak teruna. Semalam, kali pertama bekalkan anak teruna nasi goreng + sayur campur. Balik kerja, pengasuh bagitau anak teruna makan nasi goreng tu. Sedap kot? Atau ni kali pertama makan, buka selera..hehehe


Bagi tau suami, esok nak buat nasi goreng lebih sikit la. Anak teruna makan elok jer. Suami pun request masak lebih untuk dia bawak bekal kat pejabat hari ni. 




Dan hasilnya, 3 beranak nasi goreng untuk hari ni. Untuk anak teruna yang paling kecik, sederhana tu untuk si ibunya dan yang paling banyak milik si abinya. Pakej lauk ayam masak merah. 


Jimat duit belanja hari ni, menyahut seruan menteri supaya masak kat rumah..hehehe. GST mampu mengubah hidup anda. Tak gitu? 

Jemput makan semua !



Post a Comment

Julia Johari said... 15/4/15 7:54 AM

Alhamdulilah, bagus dkna, sedap tgk nasi goreng tu dgn ayam masak merah, tiba2 nak mintak sikit hehehhe

Julia dah lama buat sesi bawak bekal ke opis sebelum GST ni dear, tak malu pun bawa bekal sbb lagi terjamin kualiti masakan kan...cantik blog u.

Lynn Hamzah said... 15/4/15 9:21 AM

wahhh bagusnya...bawak bekal...jimat belanja...

Junaidawatie said... 15/4/15 9:48 AM

Wah terbaikkk...

sha salleh said... 15/4/15 11:52 AM

uwarghh..ngidam nak nasi lemak sedap tak dapat lagi, tengok post entry ni lagi rasa membuak-buak hati ku :D

izzeyda said... 15/4/15 1:06 PM

memang bagus makan masakan sendiri.. memang terjamin kualiti masakan tuh.. poket pun terjaga skit..

Kakzakie said... 15/4/15 1:50 PM

Tindakan bijak Dkna. Apa lagi Mika dah pandai makan nasi. OK sangat ni..

Kak Mahh said... 15/4/15 4:33 PM

Abe Mikha tak guna tupperware baru ke?

Rayyan Raeez said... 15/4/15 6:43 PM

Tpperware baru elong ketat sikit bila nk buka....

Anonymous said... 15/4/15 11:00 PM

kadang less its more kan makan macam nih lagi bertambaah hihihi

hazman fadzil said... 17/4/15 2:50 PM

sememangnya makanan bekal lebih menarik dan mengenyangkan....

 
Top