9
Suami Dkna memang penggemar nasi kerabu, bertambah selera kalau ada daging bakar...errmmm. Tiba-tiba Dkna confius, suami orang Kelantan atau Dkna orang Kedah? Hahahaaaa. Beberapa hari ni, suami sembang yang dia beli nasi kerabu murah dan banyak. Terkejut dengan harga yang dijual katanya. 




Ni nasi kerabu yang suami makan, lauk telur masin dan ayam harganya RM 4.50. Kalau nasi kerabu berlaukkan daging goreng atau daging bakar, harganya RM 4.00 sahaja. Murah kan? Kenapa Dkna kata murah? Sebab kat bandar besar camni, mana ada orang jual semurah tu. Biasanya beli kat pasar malam pun harga cecah harga RM 6.00. 




Gerai akak ni bukan jual nasi kerabu saja, ada nasi lemak, nasi berlauk. Fuh ! Rasa macam kat Kelantan pula bila tengok menu yang dihidangkan. Memang menyelerakan semua jenis lauk-pauknya.



Ni keadaan gerai akak tu, niaga depan rumah jer. Buka meja dan hidangkan lauknya. Rezeki dari Allah, kat mana-mana lokasi kita mencari rezeki inshaAllah, rezeki tetap akan jadi milik kita.  Memang laris, awal pagi dah ramai beratur panjang nak beli nasi kerabu, nasi lemak dan nasi berlauk. Kalau pergi ke gerai akak ni lewat, banyak lauk dah habis. 


simpang ke lokasi nasi kerabu murah


Kat mana gerai akak ni? Haaa.. kat Abu Bakar Baginda, Bangi. Kalau dari Putrajaya, sebelum sampai ke Balai Polis Abu Bakar Baginda, ada simpang masuk ke kiri. 

Kalau nak buat tempahan dengan akak ni pun boleh, hubungi Kak Yan 017-3957765. 



Post a Comment

Ratu Hatiku said... 16/4/15 9:13 AM

Sedapnya....jauh lah pulak..hehehe

Tukang Karut said... 16/4/15 9:32 AM

dapat dagung bakar.,.. fuh... gaul2 dengan nasi kerabu.... fuh.,...meleleh air liur taip ni...

yana yassin said... 16/4/15 10:09 AM

Waaah , betul murah nie . Kalau kat opis kita dengan daging bakar lagi mahal . Sampai RM 7 kekadang tue . X faham part mana yang kena charge mahal sgt .

adarain said... 16/4/15 11:54 AM

Sedap oo nasi krabu..lama dah tak makan nasi kerabu..

eima said... 16/4/15 12:39 PM

ok ye ke ... ai prasan kat mana tu .... msk simpang belah kiri dari jln putrajaya kan ..... nanti nk pi cari la .. weekend bukak tak ??

cik mah said... 16/4/15 1:35 PM

Ala...jauh..klau dekat2 ni nk je g.. lama dh teringin nk makan..

yoorin melacolea said... 16/4/15 4:45 PM

org kalau meniaga murah2 , sedap pulak tu, kite doakan dia makin murah rezeki.. hehehe.. nanti rezeki tu berbalik kat kita jugak.. rezeki apa tu wallahualam..

hazman fadzil said... 17/4/15 2:53 PM

Sama la dengan abang man kalau makan nasi kerabu mesti nak at least 2 lauk... ayam dan daging bakar adalah feveret tambah pulak dengan solok lada... memang best... tapi harga akak tu jual memang murah betul laa...

Syafik Kamaluddin said... 21/4/15 2:38 PM

lama tak makan nasi kerabu. rindu pulak . hehe

 
Top