7
Sejak akhir-akhir ni Mikhail tak nak makan nasi, jarang sekali nak makan nasi. Dalam seminggu tu ada la 2 atau 3 kali jer makan. Apa dia makan? Haaa.. makan macam-macam. Kalau ke rumah pengasuh, Dkna bekalkan dia nugget, roti, kek, puding dan biskut. Mungkin dah jemu kot dari kecik sampai besar makan bubur...hehehee..


Semalam, suapkan Mikhail dengan suap, dia acah-acah rasa nasi sup tu. Ermmm.. budak dah pandai geleng kepala, nampak jer suapan kali kedua dia dah geleng-geleng kepala. Alahai anak, risau jugak kalau tak makan nasi takut perut dia lapar nanti meragam pulak. Lepas tu, abinya cuba suapkan kuah daging salai black pepper. Eh ! Elok pulak dia nganga mulut.


Haaa..lepas tu suap jer dia nasi bersama-sama dengan kuah daging salai black pepper.. bagi rasa sikit jer kuah, takut perut baby ni meragam makan black pepper..ermm.. Nampak berselera anak makan. Sedap? Haa..mestilah sedap sebab ibunya yang masak..hehehee..

Ok, untuk resepi daging salai black pepper ni Dkna olah dari resepi Cikmat Gebu [www.tiffinbiru.com].



Daging salai tu Dkna guna dari jenama Ramly Burger. Siap dalam paket tapi lupa dah berapa harga daging salainya..hehee. Daging salai ni Dkna tak rebus, sebab dagingnya dah cukup nipis. Dkna terus goreng dengan tepung gandung. Lain-lain bahan, Dkna follow jer resepi Cikmat Gebu. 


Untuk resepi daging black pepper ni dari Cikmat Gebu dah banyak kali Dkna buat kat rumah. Sedap ! Korang boleh cuba resepi ni yea.



Post a Comment

Kak Mahh said... 23/4/15 8:32 AM

Kalau banyak nak sikit...Kirim kat abi.

Suria Amanda said... 23/4/15 9:08 AM

akak plak yang terliur...

Yana Yassin said... 23/4/15 9:55 AM

ada eh kat ramly , nak try lah nanti . Dasar pemalas kalau guna daging fresh nak potong nipis2. hihihihihi

eima said... 23/4/15 10:48 AM

wahhh kecik2 dah pandai nak makan sedap ..... mmg senang la mikhail ni ....suka mkn mknan dewasa .... tak yah la mak die nk masak lauk asing2 dah ...heheh

cik mah said... 23/4/15 10:52 PM

Wahhh..bolehlah try utk azwa juga...

cik mah said... 23/4/15 10:53 PM

Wahhh..bolehlah try utk azwa juga...

cik mah said... 23/4/15 10:53 PM

Wahhh..bolehlah try utk azwa juga...

 
Top