4
Lebih kurang 21 hari lagi bulan Ramadhan akan tiba. Bulan yang dinantikan oleh umat Islam seluruh dunia. Tak sabar rasanya nak berpuasa bersama-sama keluarga. Sinonim dengan bulan Ramadhan, banyak kedai makan, restoran dan hotel akan menawarkan pakej Buffet Ramadhan dengan pelbagai jenis menu. 

kredit www.projektravel.com

Minggu lepas, Dkna bersempatan ke Bangi Golf Resort (BGR) untuk menikmati juadah yang bakal disajikan di sana sepanjang bulan Ramadhan nanti. Lebih dari 200 jenis hidangan yang terdiri daripada masakan timur dan barat.

kredit www.projektravel.com

Antara hidangan wajib yang disediakan kat BGR ialah kambing bakar iaitu kambing yang dipanggang secara perlahan di atas bara api dan Sup Kambing Mamak. Hirisan daging kambing yang baru sahaja dipanggang dan menyediakan sup kambing panas yang akan menghangatkan selera...nyummm...nyummm.


Mencari makanan yang lebih ringan selain nasi, ada pilihan menarik disini. Sedap betul menu yang dihidangkan dan menyelerakan bila makan ramai-ramai lagi seronok sampai pinggan licin.


Antara menu yang dihidangkan untuk Buffet Ramadhan 2015 di Bangi Goft Resort ialah : 

  • Kambing Bakar 
  • Sate Daging dan Ayam dengan kuah kacang
  • Kway Teow Goreng dan Mee Goreng Mamak
  • Krim Ayam Salai dengan Bawang Focaccia Panggang
  • Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma
  • Beef Lasagna 
  • Grilled Boneless Chicken with Creamy Mushroom Sauce
  • Butter Prawns
  • Teriyaki Chicken
  • Black Pepper Beef 
  • Fish Fillet dengan Sos Serai 


Belakang Dkna pula terdapat pelbagai jenis kuih. Rambang mata nak pilih yang mana satu untuk dimakan, semuanya menyelerakan dan menarik perhatian. Antara pencuci mulut yang disediakan ialah :


  • Aiskrim Pacojet dengan rasa unik Teh Tarik, Tembikai Susu dan Bunga Kantan
  • ‘Live Station’ Spanish Churro dengan kuah coklat yang pekat
  • Pudding, agar-agar dan buah-buahan tropika dan tempatan
  • Italian Tiramisu, Chocolate Éclair, Blueberry Cheese Cake, Red Velvet Cake, Young Coconut Jelly, Crème Caramel, Mix Berry Panna Cotta dan Infused Chocolate Ganache Tartlet. 


Untuk makluman semua, menu yang dihidangkan tempoh hari adalah sebahagian atau 10% daripada keseluruhan menu Buffet Ramadhan yang bakal dihidangkan nanti. 

Ok, bercerita mengenai lokasi dan tempat makan di BGR pula. Dewan bagi Buffet Ramadhan 2015 di BGR kali ni boleh memuatkan lebih kurang 500 tetamu yang hadir dalam satu-satu masa. Ini merupakan dewan paling baru dibina di BGR. Konsep buffet kali ni masih lagi seperti tahun sebelumnya, berkonsepkan dapur terbuka. Lebih menarik, korang akan dihiburkan dengan alunan lagu-lagu klasik yang dibawakan secara ekslusif oleh BGR bermula dari jam 6.30  petang hingga 9.30 malam.

Jangan risau mengenai parking sebab kat sini menyediakan lebih kurang 800 lot parking dan selesa untuk semua pengunjung BGR. Antara kemudahan lain yang disediakan ialah surau untuk lelaki dan perempuan. 


Harga Buffet Ramadhan 2015 Bangi Goft Resort

Dewasa RM 55
Kanak-kanak RM 27

Untuk tempahan dan pertanyaan :

Pn. Luliy Shalwanidi : 0162678284 / 0169645544 
Email : bgrrestaurant@gmail.com

Lagi Gambar Menarik : Buffet Ramadhan 2015 Bangi Golf Resort


******************************************************************************************************


Bangi Golf Resort Restaurant Sdn Bhd 
  • Alamat: No.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor, Malaysia 
  • Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E 
  • Tempahan & Pertanyaan : + (603) 8925 3728 / + (603) 8210 0265 
  • Laman Web : http://www.bgrrest.com 
  • Facebook : https://www.facebook.com/BangiGolfResortRestaurant 
  • Email : bgb.bangigolf@gmail.com 
  • Waktu Operasi : 6.30 pagi – 9.30 malam setiap hari 


*Menawarkan Pakej Perkahwinan, Majlis Makan Malam, Seminar dan majlis-majlis lain.





Post a Comment

Diana Din said... 28/5/15 3:18 PM

berbuka puasa kat hotel mmg best..so yummy yummy

kucen master said... 29/5/15 12:40 AM

sekali sekala makan macam ni memang best
KucenMaster.blogspot.com

Sheila Adziz said... 30/5/15 3:43 PM

em.... mmg best. tgk makanan pun dah best...

HASRUL HASSAN said... 4/6/15 3:43 PM

Syok makan sini, tapi kalau nak repeat bulan puasa tu susah la skit...sbb jauh dari rumah ni kat Penang .. hahaha

 
Top