9
Selamat ulang tahun kelahiran buat anak teruna, Mikhail. Genap usia setahun pada hari Ahad10 Mei 2015. Rasa macam baru semalam melalui Saat Kelahiran Mikhail tapi cepat sungguh alam berputar. Setahun bergelar ibu bermula pada Hari Ibu sedunia. Alhamdulillah.

Rancangan pada saat akhir untuk sambut hari lahir anak teruna, tak buat persediaan apa pun sebab dia tak sihat. Sakit tonsil sebelum ulang tahun pertama hingga bawa Ke Kecemasan Akibat Tonsil. Kesian anak. 



Tempahan kek hari lahir Mikhail pun pada saat akhir, nasib baik jiran blok kat rumah ni terima. Kalau tak, memang tak menjadi majlis hari lahir anak teruna. Kek hari lahir bentuk nombor satu bertemakan kereta dan kek ni memang sedap sangat. Tapi, Mikhail tak boleh makan sebab tonsilnya masih tak elok. Dkna simpan sikit untuk Mikhail, esok lusa inshaAllah Mikhail boleh rasa kek hari lahirnya. Cepat sembuh ye anak.




Tahun ni bergambar bertiga, inshaAllah akan datang berempat, berlima dan berenam. Eh ! macam ramai pulak yea..hehehee. Semoga Mikhail menjadi manusia yang baik dan sempurna disisi Allah dan agama seindah maksud nama mu wahai anak. Selamat ulang tahun kelahiran yang pertama Muhammad Nasr Addin Mikhail. 

Bila dah besar nanti, baca semua coretan ibu untuk mu anak. Semoga segala coretan di blog ni menjadi kenangan bila ibu dan abi sudah pergi selamanya. We love u !




Post a Comment

PeRdU cINta said... 12/5/15 9:48 AM

Selamat ulangtahun kelahiran mikhail..

Mar Mansor said... 12/5/15 12:01 PM

happy birthday mikhail..cantik kek

SalinaJohari said... 12/5/15 4:22 PM

Salam Hari Kelahiran yg pertama Mikhail...dr auntie Sal sekeluarga....

SalinaJohari said... 12/5/15 4:22 PM

Salam Hari Kelahiran yg pertama Mikhail...dr auntie Sal sekeluarga....

yoorin melacolea said... 12/5/15 5:48 PM

selamat ulangtahun kelahiran mikhail.. semoga cepat sembuh and boleh berlari main kejar2 dengan ibu ye

Akak Vitamin said... 13/5/15 8:57 AM

Happy birthday mikhail! :)

Tukang Karut said... 13/5/15 9:00 AM

dah setahun dah...

Ummiarissa Mahdi said... 15/5/15 3:35 PM

Lambat wish...Selamat ulangtahun pertama ye...mungkin kalau dia boleh ucap..dia nak adik cepat2...bolehlah ye dkna...hehehe

JMR said... 17/5/15 9:44 AM

happy belated besday mikhail..semoga terus dikurnikan kesihatan dan keberkatan oleh-NYa sokmo

 
Top